Bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, ECCO dan Yuna bersatu dalam meraikan langkahan identiti dengan bertema “Made for Every Step”.

Sempena sambutan Hari Malaysia, jenama kasut dan barangan kulit premium dari Denmark, ECCO mempersembahkan kolaborasi bermakna bersama penyanyi-penulis lagu berbakat, Yuna. Bertemakan “Made for Every Step”, kempen ini mengangkat makna berjalan di atas landasan sendiri dengan kekuatan yang tenang, kebanggaan budaya dan ekspresi diri yang autentik. Nilai yang dikongsi rapat oleh Yuna dan ECCO yang yang terkenal dengan inovasi serta reka bentuk berasaskan keselesaan.
Menerusi kempen ini, ECCO mengajak rakyat Malaysia merenung bagaimana setiap langkah kita digerakkan oleh nilai dan dipandu oleh impian. Bagi Yuna, berjalan bukan sekadar gerakan fizikal, ia adalah metafora kepada identiti. “Apabila akar kita kuat, kita akan mekar tidak kira musimnya,” katanya. “Apabila kita tahu siapa diri kita dan mendapat sokongan yang tepat, kita melangkah dengan keyakinan, kejelasan dan tujuan.”

Dari warisan ke aspirasi, langkah berani Yuna sebagai anak Malaysia tercermin dalam lima gaya penuh makna
Kempen ini menampilkan lima gaya ekspresif yang digayakan oleh Yuna. Masing-masing mewakili babak penting dalam langkah berani yang pernah ditempuhinya sepanjang hidupnya. Dipadankan bersama kasut dan barangan kulit ikonik ECCO yang terkenal dengan reka bentuk abadi serta keselesaan tahan lama, setiap gaya mencerminkan bagaimana ECCO menyokong setiap langkah, sama ada lonjakan berani ke hadapan mahupun detik tenang untuk berhenti sejenak.
Roots – Warisan & Asal-usulnya
Voice – Muzik & Suaranya
Presence – Keyakinan Senyapnya
Direction – Perjalanan Masa Depannya
Pace – Ritma & Keseimbangannya

Mengiringi visual tersebut ialah sebuah video kempen yang dinarasikan sendiri oleh Yuna, sebuah penghormatan puitis terhadap identiti, ketabahan dan rasa memiliki. “Seperti semua rakyat Malaysia, saya berakar pada budaya. Ia kedengaran dalam alunan lagu saya, terasa dalam rentak gerak saya, dan terlihat dalam harapan yang saya bawa,” kongsinya. “Seperti pepatah, ‘Genggam bara api biar sampai jadi arang.’ Kita terus berusaha sehingga berjaya, tanpa mengira jalan yang dilalui. Begitulah cara kita melangkah.”
