Langgan

Siri 'The Summer I Turned Pretty' yang Menjadi Bualan Ramai!

Ketahui makna disebalik siri popular ini sebelum anda binge watch!
2 minit untuk membaca
Published: August 19, 2025

Siri 'The Summer I Turned Pretty' menjadi bualan hangat sejak ditayangkan kerana kisahnya yang penuh dengan emosi, cinta remaja, serta latar musim panas yang menarik perhatian. Ramai yang tertarik dengan perjalanan watak utamanya, Belly (Lola Tung) yang berdepan dengan konflik percintaan, persahabatan dan keluarga. Jika anda bercadang untuk menonton siri ini, berikut adalah perkara yang anda perlu tahu supaya anda lebih menghargai jalan cerita ini.

Daripada Penulis To All The Boys I’ve Loved Before

Jenny Han, penulis novel asal The Summer I Turned Pretty, juga terkenal dengan trilogi 'To All The Boys I’ve Loved Before' yang pernah menjadi fenomena Netflix. Apa yang menarik, gaya penulisan Jenny Han biasanya menggabungkan kisah cinta remaja yang relatable, dengan konflik keluarga yang realistik. Jadi kalau anda rasa kisah Lara Jean dan Peter penuh dengan momen yang manis, bersedialah kerana kisah Belly, Conrad dan Jeremiah ini membawa emosi yang lebih kompleks dan matang.

Dari kiri: Lola Tung (Belly), Gavin Casalegno (Jeremiah) & Jenny Han. Instagram:@thesummeriturnedpretty

Nama Karakter Mempunyai Maksud Tersembunyi

Ramai mungkin anggap nama watak hanyalah nama biasa, tapi Jenny Han sebenarnya gemar memilih nama dengan maksud simbolik. Contohnya, Isabella atau Belly Conklin – nama panggilan 'Belly' itu melambangkan sisi polos dan keanak-anakan, seolah-olah menandakan dia belum matang. Sepanjang siri, kita dapat lihat bagaimana Belly 'berubah' daripada seorang gadis biasa kepada remaja yang lebih yakin dengan dirinya.

Lokasi Pantai Cousins Beach

Jika anda teringin untuk ke Cousins Beach selepas menonton siri ini, sebenarnya pantai itu hanya wujud dalam dunia fiksyen. Jenny Han mereka lokasi tersebut sebagai simbol musim panas – tempat di mana segala kenangan manis, pahit dan cinta pertama bermula. Untuk siri ini, kru produksi memilih North Carolina sebagai lokasi penggambaran kerana pemandangannya yang sesuai menggambarkan ‘pantai impian’ versi Jenny Han. 

Cousins Beach, pantai yang direka oleh Jenny Han untuk siri 'The Summer I Turned Pretty'

Soundtrack Penuh Dengan Nostalgia

Soundtrack siri ini sebenarnya memainkan peranan besar dalam mencipta mood. Jenny Han sendiri terlibat dalam pemilihan lagu dan peminat Taylor Swift pasti tersenyum bila dengar banyak lagunya dimainkan sepanjang siri. Ini bukan kebetulan – Jenny Han sendiri mengaku dia peminat Taylor Swift dan lagu-lagu itu memberi layer emosional tambahan pada babak-babak penting. Soundtrack ini bukan sekadar muzik latar, tapi ia juga menjadi suara hati kepada watak-watak didalam siri ini.

Novel Ditulis Pada Tahun 2009

Ramai penonton mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa novel asal 'The Summer I Turned Pretty' diterbitkan pada tahun 2009. Itu adalah sebelum kemunculan TikTok, Netflix dan budaya hiburan digital yang kita tahu sekarang. Walaupun sudah lebih 15 tahun berlalu, kisah ini tetap relevan. Temanya universal seperti cinta pertama, persahabatan dan musim panas yang penuh kenangan. Ini membuktikan bahawa kisah cinta remaja tidak pernah lapuk, malah boleh dihidupkan semula untuk generasi baharu melalui adaptasi skrin.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down