Langgan

Penceritaan Disebalik ‘A Big Bold Beautiful Journey’

Sebuah kisah romantik fantasi yang meraikan cinta dan takdir.
2 minit untuk membaca
Published: September 24, 2025

A Big Bold Beautiful Journey arahan Kogonada hadir sebagai sebuah karya yang segar dan menyentuh jiwa. Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah percintaan tetapi juga perjalanan emosi tentang bagaimana manusia belajar menerima diri, merawat luka lama serta membuka ruang kepada sesuatu yang baru.

Sinopsis Ringkas 

Filem romantik fantasi ini membawa penonton ke dalam dunia penuh emosi dan keindahan. Ia mengisahkan tentang dua orang asing, Sarah lakonan Margot Robbie dan David lakonan Colin Farrell yang bertemu melalui sebuah dating service unik dengan menggunakan khidmat sewa kereta. Pertemuan yang pada mulanya kelihatan musykil akhirnya menjadi perjalanan besar yang dipandu oleh GPS iaitu simbol takdir yang menyatukan mereka. Dari sinilah kisah cinta, penyembuhan dan penemuan diri bermula.

Cinta, keluarga dan perjalanan emosi

Walaupun inti cerita ini mengisahkan tentang hubungan romantik antara lelaki dan perempuan namun, filem ini turut menyelami aspek hubungan kekeluargaan. Ia menyentuh bagaimana masa lalu membentuk diri seseorang dan bagaimana hubungan dengan keluarga mempengaruhi cara kita mencintai dan menerima orang lain. Lapisan emosi inilah yang menjadikan kisah ini lebih mendalam berbanding kisah cinta cliche.

The Healing journey

Unsur fantasi didalam filem ini cukup menarik. Setiap babak memperlihatkan bagaimana Sarah dan David menjelajahi masa silam mereka melalui simbolik ‘pintu’ yang membawa mereka kembali ke memori lampau. Dari situ, mereka mula memahami diri sendiri dan juga satu sama lain dengan lebih mendalam. Proses ini bukan sahaja menjadi refleksi untuk watak tetapi juga untuk penonton yang mengingatkan bahawa untuk maju ke hadapan dan menerima dengan takdir yang telah terjadi.

Simbolisme warna

Satu lagi elemen kreatif yang menyerlah ialah penggunaan warna dalam penampilan watak. Sarah sering dilihat memakai pakaian berwarna merah, melambangkan keberanian, semangat, dan sisi emosinya yang membara. Sebaliknya, David banyak digambarkan dengan warna biru, melambangkan ketenangan, penerimaan dan sikap rasional. Menariknya, di penghujung cerita, kedua-duanya kelihatan bertukar warna pakaian, simbolik penerimaan dan keseimbangan yang akhirnya mereka temui dalam diri masing-masing.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down