Langgan

NMIXX Gegarkan Kuala Lumpur Di K- Wave Super Konsert!

Nswers! Bersiap sedia dengan malam yang bakal memukau anda!
1 minit untuk membaca
Published: August 18, 2025

Kumpulan sensasi Korea, NMIXX bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur dengan persembahan bertenaga di konsert yang akan berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara pada 31 Ogos ini.

Girl group ini baru sahaja menjelajah dunia melalui siri konsert NMIXX CHANGE UP: MIXX LAB di Australia dan Bangkok. Mereka juga membuat penampilan hebat di Music Bank World Tour di Madrid serta KCON Los Angeles. NMIXX kini tiba di Malaysia untuk memberi persembahan yang penuh gaya dan memukau untuk para peminat. Dijangkakan mereka akan membawa rangkaian lagu yang hits seperti “O.O”, “DICE”, “Love Me Like This”, “DASH”, “Soñar (Breaker)” serta lagu fenomena viral yang berjudul “Young, Dumb, Stupid”

Persembahan Pembukaan Daripada Barisan Penyanyi Tempatan

Namun, bukan NMIXX sahaja yang bakal menghangatkan pentas. DOLLA, girl group tempatan Malaysia, kini kian mencuri perhatian industri hiburan dengan lagu terbarunya “MWA”. Mereka juga akan tampil sebagai featured act. Persembahan pembukaan pula menampilkan penyanyi berbakat Jang Han Byul dan bintang muda Malaysia yang sedang meningkat naik, Aisha Retno.

Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia melahirkan rasa keterujaannya kerana dapat membawa NMIXX ke Kuala Lumpur. Tambahannya lagi, dengan kehadiran DOLLA, Jang Han Byul dan Aisha Retno dapat memeriahkan konsert ini. Ini adalah acara K-Pop yang paling dinanti-nantikan.

Hadiah Istimewa Buat Peminat 

Lebih menarik lagi, peminat berpeluang untuk memenangi tiket konsert dan barangan ekslusif NMIXX menerusi peraduan rasmi yang sedang berlangsung di media sosial LOL Asia. Tiket konsert juga boleh didapati secara ekslusif di lolasia.bigtix.io dan Fantopia.io 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down