Langgan

Estetisisma Koleksi Dekor The Ranelagh Dior

Cordelia de Castellane mempersembahkan koleksi Dior bagi musim luruh/sejuk 2025. Kali ini, Pengarah Kreatif itu mengimbau semula memori zaman kecilnya.
2 minit untuk membaca
Published: August 6, 2025

Koleksi The Ranalegh untuk musim luruh/sejuk 2025 menampilkan gabungan item yang menafsir semula lukisan ikonik Christian @Dior. Koleksi ini mempunyai sentuhan moden yang memukau dan penuh elegan.

Dikurasi oleh Cordelia de Castellane selaku Pengarah Kreatif, koleksi ini diinspirasikan sepenuhnya daripada taman musim sejuk milik Christian Dior di daerah Ranelagh, Paris. Menurut Cordelia, “Setiap item dan rekaan dalam koleksi ini diwarnai dengan nostalgia taman waktu kecil beliau yang sentiasa dikenang.”

Inspirasi Nostalgia dan Alam

Kenangan zaman kanak-kanaknya di taman kejiranan yang dekat di hati, menjadi sumber utama inspirasi. Di sinilah beliau sering bersiar-siar dan mula belajar menghargai keindahan alam sekitar. Memori peribadi ini diterjemahkan menjadi rekaan yang menyemai emosi dan kehalusan seni.

Koleksi Sentuhan Mewah

Dalam masa yang sama, koleksi ini turut menonjolkan rasa cinta terhadap alam semula jadi. Motif bungaan berwarna-warni serta elemen pokok dan tumbuhan menjadikan koleksi ini hidup dan mengakar. Antara item utama termasuk vas bermotif flora yang menyerlahkan elemen mewah, kusyen dan selimut kasmir dalam rona hitam pekat serta putih bersih dan set pinggan mangkuk yang mendapat sambutan hangat pengumpul koleksi. Turut sama menjadi rebutan ialah gelas kaca yang dilukis tangan, menjadi pilihan eksklusif buat penggemar setia Dior. Setiap item dalam koleksi ini direka untuk memperindah ruang kediaman dengan sentuhan istimewa.

Keanggunan ruang juga diserlahkan dengan pelbagai aksesori hiasan artistik seperti kaca berukir, bingkai gambar bermotif, tempat letak lilin klasik dan kotak barang kemas. Semuanya menonjolkan gaya dekorasi rumah dengan identiti mewah Dior.

Kemuncak koleksi ini merupakan sebuah amphora berskala luar biasa yang dipersembahkan semasa majlis pelancaran. Karya agung ini menjadi simbol keunggulan seni pertukangan serta kepakaran tinggi para artisan Ateliers Dior.

The Ranelagh Dior bukan sekadar koleksi tahunan; ia adalah penghormatan unggul kepada kearifan daya cipta, warisan dan gaya hidup. Sebuah estetika menyeluruh yang menyatukan memori, alam semula jadi dan kemewahan dalam harmoni yang mempesona.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down