Langgan

'Modernity in Motion' Daripada UNIQLO : C

Kombinasi gaya elegan dan keselesaan moden menerusi teknologi terkini
1 minit untuk membaca
Published: July 23, 2025

 

 

 

Teknologi dan Gaya Dalam Satu

Waight Keller menjelaskan bahawa koleksi ini memberi penekanan kepada konsep pergerakan dan fungsi menerusi rekaan moden. Salah satu inovasi utama musim ini adalah penggunaan PUFFTECH, teknologi insulasi baru yang membolehkan penghasilan jaket ultra ringan tanpa jahitan dengan keupayaan penebat haba yang tinggi. Ini membolehkan penciptaan hoodie moden yang ringan tetapi tetap bergaya.

Untuk koleksi wanita, penekanan diberikan kepada potongan yang lembut menggunakan fabrik tweed teknikal moden serta sentuhan rona permata (jewel tones) dalam rekaan menggunakan bahan ikonik seperti HEATTECH dan cashmere.

Pelancaran Dalam Dua Fasa

Koleksi ini akan diperkenalkan dalam dua bahagian:

  • Bahagian Pertama: Bermula 21 Julai 2025 – menampilkan sweatshirt rekaan baru, termasuk kemeja cocoon potongan pendek dan culotte midi untuk wanita.
  • Bahagian Kedua: Bermula 5 September 2025 – memfokuskan pakaian musim sejuk dengan penambahan HEATTECH Cashmere Blend untuk lelaki, jaket PUFFTECH, serta pakaian luar BLOCKTECH yang kalis air, angin dan lembapan.

Pilihan Gaya Musim Sejuk Terkini

Untuk lelaki, koleksi Cashmere Blend kini tampil dalam potongan crewneck dan turtleneck, menggabungkan kehangatan semula jadi daripada cashmere dengan inovasi teknologi pemanas badan. Sementara itu, koleksi wanita diperluaskan dengan pilihan warna elegan seperti hijau zamrud, biru navy dan burgundy yang versatil.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down