Tiada istilah ‘perbicaraan kecil’ dalam album terbaharu Lorde, segalanya tentang pendedahan diri, perjuangan hidup dan kelahiran semula. Inilah juga sebab mengapa para pendengar begitu tertarik dengan muziknya. Meskipun berdurasi singkat (hanya sekitar 35 minit), album yang mencetuskan sensasi ini tampil dengan kejujuran luar biasa, menyentuh topik-topik berat dan sensitif seperti imej tubuh, identiti jantina dan keintiman. Lagu-lagu seperti What Was That, Hammer dan Man of The Year, yang turut menjadi trend di TikTok, merupakan antara pilihan utama dan telah diangkat sebagai single rasmi daripada album ini.

Lucky for me, ELLE sememangnya gemar akan lagu-lagu dengan lirik yang mendalam dan penuh makna. Jom lihat lima lirik pilihan ELLE daripada album terbaharu Lorde yang benar-benar mencuri perhatian!
If She Could See Me Now
It made me a woman being hurt like that / I can feel, don't need fantasy
Lorde mencerminkan semula lirik lamanya daripada album Melodrama, “Now I’ll fake it every single day ‘til i don’t need fantasy, til i feel you leave”. Perlayaran kapal percintaan buat kekasihnya menjadi jurang perbezaan hubungannya yang kini dan dahulu. Setelah move on, Lorde dapat mendalami keamatan emosinya serta memperoleh pedoman daripada pengalaman hubungan tersebut.
Broken Glass
"I wanna punch the mirror / To make her see that this won't last / It might be months of bad luck / But what if it's just broken glass?"
Lagu yang mengisahkan tentang pertentangan Lorde dengan dirinya, lirik ini menunjukkan percubaan Lorde dalam menyisihkan kepercayaannya kepada anasir buruk popular. Dia juga berusaha menenteramkan dirinya daripada suara-suara hati yang menyebabkan keganasan dengan diri sendiri.
Favourite Daughter
"All the medals I won for ya / Panic attacks just to be your favourite daughter / Breaking my back to carry the weight of your heart"
Setiap anak pasti ingin cuba melakukan yang terbaik bagi ibubapa. Disini, Lorde mengetengahkan usahanya yang keras demi menagih kasih sayang ibubapanya yang tidak pernah puas dan terhenti. Usahanya memakan diri sendiri apabila penyanyi itu mula overwhelmed dan mengalami serangan panik. ELLE ingin memberi pat on the back buat semua yang mendapati lirik ini relatable!
Current Affairs
"It was only a field trip / 'Til it cooled my blood / That's how it tends to start"
Kadangkala, penting buat kita untuk berehat sebentar dalam hidup untuk memberikan prestasi yang lebih baik pada masa depan. Lirik ini menerangkan asbab Lorde mengambil jurang empat tahun yang cukup lama daripada album sebelumnya berjudul Solar Power.
Hammer
"I might've been born again / I'm ready to feel like I don't have the answers / There's peace in the madness over our heads"
Dengan zaman ketularan media sosial yang menggalakkan perbandingan, setiap orang pastinya merasa resah tentang diri sendiri dan masa hadapan. Lirik ini bagaikan dakapan halus oleh artis itu bagi semua yang melalui dan merasakan perkara yang sama.
