Langgan

5 Gaya Rambut Mesti Cuba!

Gaya rambut dapat membuat atau memecahkan pakaian. Lihatkan lima gaya rambut yang mesti anda cuba untuk menaikkan lagi seri.
2 minit untuk membaca
Published: June 18, 2025

Rambut merupakan mahkota bagi wanita dan bahagian paling best, mahkota itu boleh digayakan dan diubah setiap hari! Dalam dunia yang mementingkan pemakaian dan solekan wajah, kuasa rambut dalam menaikkan lagi seri keseluruhan rupa seringkali dipandang rendah. Ini adalah lima contoh gaya rambut yang mudah dilakukan tetapi menjamin untuk mengubah rupa anda daripada cantik kepada menawan!

1. Updo

Nampak simple, bukan? Tapi sebenarnya jika dibuat dengan betul, gaya rambut updo dapat membuat anda tampak mahal. Terutamanya pada majlis malam, tambahkan sahaja curly bangs di depan, confirm memukau! Tak percaya? Tengok sahaja gaya rambut Scha Al-Yahya di majlis ulang tahun Grazia baru-baru ini.

Instagram: @schaalyahya

2. Half-updo

Gaya rambut half-updo sentiasa memberikan lagak yang very cutesy, very demure tetapi masih nampak effortless. Sesuai digayakan untuk setiap majlis pada setiap masa, tak hairanlah mengapa ia mencetuskan desas-desus di internet apabila digayakan oleh Ariana Grande di rancangan realiti Saturday Night Live.

3. Tocang

Pesonakan orang sekeliling anda dengan membentuk corakan yang memukau pada rambut! Tocang juga dapat membantu menyerikan pakaian yang ringkas. Terdapat berkelimpahan jenis gaya tocang yang boleh dicari dan diikut, namun gaya tocang kegemaran ELLE adalah pigtail french braid. Siapa sangka bahawa seseorang boleh nampak edgy dan comel pada masa yang sama?

Sumber : Pexels.

4. Blowout

Keluarkan pengering rambut dan hair volumizer, dan serlahkan rambut anda! Sering kali kita dengarkan 80s blowout dan 90s blowout di media sosial. Ini kerana gaya rambut blowout adalah gaya rambut yang bak kata Taylor Swift, never goes out of style. Blowout ini juga seringkali dapat kita lihat pada penyanyi pop Sabrina Carpenter.

5. Aksesori rambut

Dah bosan dengan semua gaya rambut? Tambahkan sahaja aksesori! Hiasan rambut seperti cekak, bandana, klip rambut, dan bermacam lagi boleh memberikan lagak yang berbeza pada keseluruhan pakaian anda.

Sumber : Pexels.

Bonus:  Suka dengan idea-idea ni? Untuk lebih banyak idea menarik, ELLE LOVEEEE referring kepada Phoebe Buffay daripada rancangan TV Friends. Gaya-gaya rambutnya sentiasa unik tetapi sentiasa kohesif dengan pakaiannya. ELLE sentiasa terinspirasi!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down