Langgan

Sebuah ‘SANCTUARY’ Di Bali!

Desa Potato Head perkenalkan program kesejahteraan - SANCTUARY
2 minit untuk membaca
Published: June 17, 2025

Desa Potato Head, perkampungan kreatif bertaraf dunia yang terletak di Bali dan terkenal dengan gabungan kemewahan kelestarian serta pengalaman unik. Ia terus menekankan kesejahteraan sebagai tonggak utama dalam segala aktiviti dan programnya. Fokus ini dizahirkan melalui program kesihatan holistik mereka yang dikenali sebagai SANCTUARY.

Gambar: Potato Head

Untuk Minda yang Tenang & Fokus

SANCTUARY merupakan pengalaman kesejahteraan mendalam yang menggabungkan amalan moden dan tradisional, bertujuan untuk membawa komuniti kepada keadaan ‘flow state’, untuk minda yang tenang dan fokus. Diadakan di Potato Head Studios dan dengan kerjasama pengasas Pyramids of Chi di Ubud, program ini menawarkan pelbagai bentuk meditasi alternatif termasuk terapi cahaya vibroakustik, penyembuhan melalui bunyi, teknik pernafasan dan terapi mandian ais. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan setiap hari, mingguan dan dua minggu sekali.

Gambar: All is Amazing, Paulius Staniunas @allisamazing

Program Kesejahteraan

Selain daripada SANCTUARY, program kesejahteraan Desa Potato Head turut merangkumi Gim dan Spa, aktivasi tenaga pagi, meditasi bimbingan, yoga flow, senaman pantai, serta remedi kuno yang diolah semula untuk rawatan moden melalui jamu bar, bertujuan memberi inspirasi, pemulihan keseimbangan, dan hubungan semula dengan alam semula jadi.

Gambar: All is Amazing, Paulius Staniunas @allisamazing

Siri Tradisional Bali

Sebagai sebahagian daripada pelancaran baru yang berlangsung sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos Desa Potato Head akan memperkenalkan satu siri pengetahuan Bali yang diketuai oleh Pak Sedana, seorang penyembuh tempatan terkenal yang berasal daripada keturunan penyembuh dan pendeta Bali kuno.

Siri ini, dikenali sebagai ‘Tri Hita Karana’ yang akan dijalankan sebulan sekali dalam sesi berkumpulan dan mengikut gaya dialog tradisional Bali, bertempat di Sweet Potato Kids. ‘Tri Hita Karana’ mengupas tiga tonggak kebahagiaan dalam falsafah Bali: Rohani, Alam Semula Jadi dan Hubungan Sesama Manusia. Tarikh sesi akan ditentukan mengikut kalendar Bali dan dipilih sendiri oleh Pak Sedana.

Gambar: All is Amazing, Paulius Staniunas @allisamazing

Desa Potato Head bukan sahaja mengekalkan reputasinya dalam dunia kreatif dan pelancongan mewah, malah memperkukuhkan komitmennya terhadap kesejahteraan holistik melalui pendekatan yang menyentuh dalaman dan luaran.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down