
Bersempena ulang tahun ke-150 jenama jam tangan berprestij Audemars Piguet dengan bangganya memperkenalkan RAYE sebagai rakan jenama terbaru mereka dalam sebuah kolaborasi istimewa bersama Mark Ronson menerusi program Audemars Piguet x Music.
Sebuah lagu khas yang dihasilkan bersempena ulang tahun ini sebagai apresiasi berterusan jenama ini. Lagu berjudul 'Suzanne' diperkenalkan dalam satu malam cukup eksklusif di 180 Studios, London. Menghimpunkan artis ternama, klien terpilih dan rakan-rakan jenama untuk satu sambutan penuh semangat dan emosi.
Bersempena dengan pelancaran lagu tersebut, sebuah tayangan filem berjudul Syncing Sounds 150 dihasilkan secara eksklusif sebagai dedikasi kreatif dan penghargaan perjalanan kolaboratif dua figura muzik yang cukup berbakat ini.
Kerjasama ini menjadi mewakili visi dinamik Audemars Piguet x Music dalam memberi sumbangan pada perkembangan dunia muzik yang menyatu sempurna dengan dunia horologi Audemars Piguet.
RAYE turut berkongsi keterujaan serupa. "Kolaborasi ini satu pemaknaan yang kuat sebuah warisan jenama dengan kepelbagaian budaya yang dirakan. Ia juga dedikasi pada kraf yang berterusan. Bekerjasama menerusi projek ini begitu memberi inspirasi besar untuk saya."
