Langgan

'Segundo Intento' Aitana Menjadi Runut Bunyi Musim Panas FENDI

Raikan ulang tahun maison FENDI ke-100 bersama Aitana dalam kempen digital Musim Panas 2025.
1 minit untuk membaca
Published: June 20, 2025

Siap sedia untuk dibawa bayu musim panas Itali dengan kempen digital baru musim panas FENDI! Jenama itu mengetengahkan imej yang segar dengan keheningan musim panas yang cukup effortless. Dipaparkan dalam kempen merupakan penyanyi, pelakon, dan penulis lagu Sepanyol, Aitana Ocaña Morales, atau lebih dikenali sebagai Aitana.

Aitana dalam kempen digital musim panas FENDI.

Hubungan Akrab Maison FENDI Bersama Aitana

Dengan Sophie Jones sebagai pengarah, kempen digital sempena sambutan ulang tahun maison ke-100 itu menyerlahkan lagi hubungan berkekalan antara FENDI dan Aitana. Keakraban ini dapat dibuktikan dengan kekerapan penampilan Aitana dalam memakai FENDI didalam mahupun diluar pentas.

Kehadiran Aitana di pertunjukan musim luruh / dingin 2025 FENDI Februari lalu menarik perhatian ramai. Ia juga turut mengukuhkan lagi hubungan rapat antara penyanyi dan jenama berprestij itu. Sikap Aitana yang cukup terbuka dan dinamik menarik perhatian, menjadikan dirinya muse yang sempurna untuk menyampaikan lagak musim panas yang effortless. Di dalam video kempen, Aitana tampil di dalam gaun satin beraneka corak, sementara lagunya 'Segundo Intento' yang melambangkan era baru oleh penyanyi itu pula dijadikan lagu latar.

Koleksi musim panas kali ini mencerminkan semula koleksi arkib pertama Karl Lagerfeld pada tahun 1978 yang dipamerkan di Histoire d'Eau. Kali ini, koleksi tersebut diolah semula dengan penyerlahan fabrik berangin, tona merah garang dan motif alam semula jadi. Koral dan haiwan laut disulam kemas sebagai hiasan bermanik diatas beg Baguette ikonik tanda signature FENDI.

Beg musim panas Peekaboo FENDI bermotifkan anyaman.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down