Langgan

EBA2025: Produk Solekan Mata Terbaik, essence Cosmetics I Love Extreme Volume Mascara

Maskara essence sememangnya terkenal dengan harga yang mampu milik namun dapat memberi impak yang cukup menawan.
2 minit untuk membaca
Published: May 1, 2025

Miliki bulu mata yang menawan dengan essence I LOVE EXTREME Volume Mascara 

essence

Setiap wanita mendambakan bulu mata yang lebat dan melentik sempurna. Berita baik untuk anda, semua itu tidak mustahil dengan adanya maskara I LOVE EXTREME Volume ini. Hadir dengan dua jenis maskara iaitu formula kalis air dan formula khas untuk kesan yang lebih dramatik. Apa yang paling penting, formula maskara ini terbukti selamat oleh pakar Oftalmologi. 

Ilusi mata bundar

Maskara essence sememangnya terkenal dengan harga yang mampu milik namun dapat memberi impak yang cukup menawan. Seperti rangkaian I LOVE EXTREME ini, ia menjamin hasil yang “luar biasa” dan melebatkan bulu mata dengan lebih ekstrem! 

Apa yang membuatkan kami di ELLE jatuh cinta dengan maskara ini? Setiap olesan maskara yang bertekstur krim hitam pekat ini boleh menghasilkan ilusi bulu mata penuh lantas menjadikan bentuk mata anda lebih bundar dan menawan. Rekaan berus elastomer bersaiz besar ini juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan ilusi bulu mata melentik dan lebat sempurna

essence

Cara pemakaian 

-Pertama sekali, ketipkan bulu mata menggunakan alat pelentik bulu mata.

-Palitkan beberapa lapisan maskara I LOVE EXTREME Volume untuk memberi hasil bulu mata lebat.

-Gerakkan batang maskara dari akar bulu mata ke atas dengan pergerakan ‘zig zag’ bagi efek bulu mata lebih panjang. 

-Akhir sekali, beri kemasan sempurna dengan olesan essence The NUDE Edition Eyeshadow Palette bagi menyerlah lagi bulu mata yang dramatik. 

Mengapa memilih essence?

essence

Berpusat di Jerman, dengan lebih 90% produk mereka dihasilkan di Eropah, jenama ini cukup berbangga kerana dapat menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan sejak dari tahun 2002. Misi mereka juga jelas dan ringkas: “Jadikan Kecantikan Sesuatu yang Seronok!”

essence menggunakan 100% bahan vegan dan bebas daripada mikroplastik, kerana mereka percaya kecantikan patut mudah, menyeronokkan, dan boleh dinikmati oleh semua, tidak kira di mana anda berada.

Bagi essence kecantikan tidak perlu rumit. Ia patut menggembirakan, mudah diakses, dan yang paling penting, tidak diuji pada haiwan!

Miliki produk essence di cawangan Watson’s di seluruh negara dan di gedung beli-belah terkemuka, juga di platform e-commerce,TikTok Shop (@essence.cosmetics.my), Shopee and Lazada!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down