Langgan

EBA2025: Produk Rawatan Rambut Rosak Terbaik, Schwarzkopf Professional Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil

Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil tampil berbeza membina ikatan kekal dalam rambut untuk kekuatan hingga 10 kali ganda!
2 minit untuk membaca
Published: May 1, 2025

Diformulasi dengan Teknologi BONDFINITY terkini, minyak ringan ini membina ikatan kekal dalam rambut untuk kekuatan hingga 10 kali ganda dan pemulihan sehingga 90%.

Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil

Dalam dunia moden yang penuh cabaran ini, rambut anda terdedah kepada pelbagai tekanan harian—penggayaan dengan haba, pencemaran, pewarnaan, dan rawatan kimia yang boleh menjadikannya kusam, kering, dan rapuh. Tapi bagaimana jika ada penyelesaian yang bukan sahaja menutup kerosakan sementara, tetapi turut memulihkan rambut dari dalam dengan kesan yang bertahan?

Perkenalkan Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil minyak rawatan adicipta daripada Schwarzkopf Professional. Sebahagian daripada rangkaian Fibre Clinix yang diformulasi semula, minyak ringan ini menggabungkan inovasi berasaskan sains dengan penjagaan berinspirasi penjagaan kulit, untuk menguatkan rambut dan mengembalikan kilauan serta ketahanan—hari ini, esok serta hari-hari mendatang.

Menjadi nadi formula hebat ini adalah teknologi BONDFINITY, inovasi ikatan paling berkuasa daripada Schwarzkopf Professional. Tidak seperti rawatan permukaan biasa, teknologi ini bertindak jauh ke dalam serat rambut, mencipta ikatan kovalen (kekal) yang mengunci keratin asli rambut, protein penting untuk kekuatan dan struktur. Sementara kebanyakan minyak rawatan menjadikan rambut berat dan berminyak, Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil tampil berbeza. Diformulasi dengan Kompleks 5 Minyak Berkhasiat, teksturnya ringan dan mudah menyerap, memberikan rasa lembut bagai sutera tanpa sisa atau rasa berminyak. Ia sesuai untuk semua jenis rambut, terutama rambut halus hingga normal yang memerlukan penjagaan tanpa memberatkan.

Manfaat Terbukti Dalam Setiap Titisan

Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil memberikan transformasi luar biasa untuk rambut anda, menjadikannya sehingga 10 kali lebih kuat dan memperbaiki sehingga 90% kerosakan yang telah berlaku. Ia bukan sahaja memulihkan rambut dari dalam, malah memberikan kelembutan dan kekuatan yang bertahan, yang boleh dirasai dan dilihat sejak penggunaan pertama.* Ia juga meningkatkan kilauan rambut sehingga 99%, serta memberikan perlindungan haba hingga 230°C / 450°F—sesuai untuk yang sering menggunakan styling tools seperti pengering, pengerinting atau pelurus rambut. Selain itu, ia membantu mencegah sehingga 93% kerosakan rambut, mengurangkan hujung bercabang, dan memudahkan proses menyikat. Dengan penggunaan harian, Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil adalah penyelesaian premium untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang diwarnakan atau rosak.

*Berdasarkan ujian ke atas rambut yang tidak dirawat

Cara penggunaan: 

Sapukan 1–2 pam pada rambut yang lembap atau kering. Fokuskan pada bahagian tengah hingga hujung rambut. Tidak perlu dibilas. Gunakan sebagai pelindung sebelum mengeringkan rambut, untuk kilauan akhir, atau penjagaan harian.

Untuk hasil terbaik, gabungkan dengan perkhidmatan BONDFINITY di salun dan penjagaan di rumah Fibre Clinix—satu perjalanan pemulihan lengkap yang bermula di salun dan diaktifkan semula di rumah, dengan kuasa gabungan teknologi BONDFINITY + BONDXTEND.

Kini boleh didapati di salun rakan Schwarzkopf Professional, Fibre Clinix BONDFINITY Light Oil (100ml) bukan sekadar rawatan, ianya keperluan harian untuk rambut yang kekal kuat, lembut dan bercahaya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down