Dengan masalah rambut menipis dan tekanan kulit kepala semakin meningkat, Sublimic Adenovital menawarkan solusi berasaskan sains yang memulihkan maya, kesegaran, dan keyakinan—bermula dari akar rambut anda.

Dalam dunia kecantikan hari ini, perhatian sering tertumpu pada penjagaan wajah dan solekan, namun satu bahagian penting sering diabaikan—kulit kepala. Shiseido Professional, jenama yang sinonim dengan inovasi kecantikan Jepun, mengetengahkan penyelesaian yang mendalam dan berkesan dengan SUBLIMIC Adenovital Scalp Power Shot. Dirumus dengan teknologi Core Powerizing yang eksklusif, ia meresap jauh ke dalam lapisan kulit kepala untuk menguatkan akar rambut, mempercepatkan pertumbuhan, dan memberikan tekstur rambut yang lebih lebat dan bertenaga.
“Serum ini tidak hanya bertindak di permukaan—ia menyerap jauh ke dalam dan mengaktifkan semula rambut dari dalam.”
Bahan utama seperti Adenosine, yang terbukti secara klinikal dalam merangsang pertumbuhan rambut, dipadankan dengan ekstrak Ginseng Panax untuk merangsang peredaran darah, dan ekstrak Sophora Angustifolia yang mempunyai sifat antibakteria. Tambahan Vitamin B3 (Nikotinamida) pula menyokong penghidratan kulit kepala dan pembentukan kolagen untuk kulit kepala yang lebih sihat dan seimbang.
Sublimic Adenovital Scalp Power Shot direka khusus untuk penggunaan harian di rumah. Dengan pembungkusan botol pam 120ml, ia memudahkan anda untuk merawat kulit kepala dan akar rambut di rumah, pada waktu pagi dan malam. Rutin mudah ini memberikan hasil yang setanding dengan rawatan profesional, menjadikannya pilihan utama untuk mereka yang ingin merasakan manfaat salon tanpa meninggalkan rumah.

Sapukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum menggayakan rambut dan pada waktu malam pada rambut bersih yang masih lembap. Gunakan kira-kira 15 pam setiap kali dan urut lembut ke seluruh kulit kepala menggunakan hujung jari. Teksturnya ringan, tidak berminyak, dan menyerap dengan cepat tanpa meninggalkan kesan.
Dalam hanya beberapa minggu, anda pasti melihat perubahan nyata. Rambut kelihatan lebih lebat, gugur semakin berkurang, dan rasa segar di kulit kepala yang berpanjangan.
“Dengan penilaian 4.8 bintang dan lebih 600 ulasan positif, ini bukan sekadar produk—ia adalah langkah revolusi untuk rambut yang lebih sihat dan penuh keyakinan.”
Kenali Kulit Kepala Anda!
- pH Semulajadi Kulit Kepala Adalah 5.5
pH kulit kepala yang sedikit berasid membantu melindunginya daripada bakteria berbahaya dan mengekalkan kesihatan folikel rambut.
- Kulit Kepala Anda Mempunyai Lebih Daripada 100,000 Folikel Rambut
dengan purata seseorang mengalami 50 hingga 100 helai rambut gugur setiap hari.
- Rambut Tumbuh Lebih Cepat Pada Musim Panas
Ketika musim panas, peredaran darah ke kulit kepala meningkat, menjadikan rambut tumbuh lebih cepat—sekitar 10% lebih laju berbanding pada musim sejuk. Untung tinggal di Malaysia!
- Stres Mempengaruhi Kulit Kepala Anda
Menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala menjadi lebih sensitif. Masalah seperti rambut menipis sering dikaitkan dengan tekanan berlebihan.

SUBLIMIC Adenovital Scalp Power Shot adalah produk yang diformulasi khusus untuk menangani masalah kulit kepala. Dengan inti pati utama Adenosine, ia membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Dalam pada masa yang sama, produk ini membantu menguatkan akar rambut, memberi tenaga pada kulit kapala serta melebatkan lagi rambut.