Langgan

So Lit! Antara Highlights Menarik Di ELLE’s Homecoming Party!

Dance, party, food & class of cool!
1 minit untuk membaca
Published: May 16, 2025

Dengan bertemakan Class of Cool, Homecoming Party di Elevate Sports Performance Basketball Arena memang penuh gaya dan happening! Ramai selebriti, fashionista dan personaliti popular yang hadir untuk memeriahkan majlis. Acara ini menjadi tempat terbaik untuk enjoy fesyen, muzik dan party dengan persembahan bertenaga menjadikan malam yang unforgettable!

Persembahan Bertenaga yang Memukau

Malam penuh gaya ini dimulakan dengan persembahan cheerleading yang energetik, mencetuskan suasana penuh semangat dan keterujaan. Sorakan bertenaga dan gerakan dinamik pasukan cheerleading membuka tirai malam dengan penuh warna dan semangat.

Persembahan bertenaga dari pasukan cheerleading

Selepas itu, pentas dihangatkan lagi dengan persembahan dua figura seni yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan, Yazmin Aziz dan Bunga Isme. Yazmin memukau dengan pilihan lagu “Baby One More Time” & “Alejandro” manakala Bunga mempersembahkan lagu terbarunya “Nak Buat Cane”.

Persembahan Yazmin Aziz yang memukau!
Persembahan lagu terbaru oleh Bunga Isme

Anugerah Best Dressed

Salah satu detik yang paling dinanti-nantikan malam itu ialah anugerah best dressed, di mana tetamu-tetamu yang hadir tampil dengan gaya masing-masing yang unik, anggun dan berani. Para tetamu yang tidak mengecewakan playing dress up dengan pelbagai outfit yang memukau menjadikan malam tersebut seperti acara fesyen antarabangsa dengan tema athleisure meet high fashion.

Pemenang best dressed, Miedy Daniel
Pemenang best dressed, Nazurah Husna

Food, Drinks & Party!

Parti ini juga diserikan dengan pilihan makanan yang menarik dan salah satunya adalah pilihan dengan pelbagai topping Pizza dari Mokky's yang menyelerakan. Suasana sepanjang malam dipenuhi dengan perbualan mesra, muzik dari sesi DJ yang menghiburkan serta pencahayaan yang mencipta suasana parti glamor yang menjadikan ia benar-benar malam lit dan lain daripada yang lain!

Persembahan DJ yang lit!
Pilihan Pizza dari Mokky's
ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down