
Meneruskan kelangsungan penciptaan yang berasaskan fabrikasi seperti kulit dan satin yang bermain dengan rona emas juga keluli tahan karat - Chaumet menyerlahkan keanggunan Joséphine Aigrette dengan dail biru serba baru sebagai pengenalan baru.
Apa yang lebih menjadikan penghasilannya lebih menawan, Joséphine Aigrette bertatahkan permata yang mengelilingi bentuk oval yang memberi berinspirasikan potongan permata yang menjadi kegemaran Empress Joséphine.
Meneroka misteri malam yang menginspirasikan penghasilannya, reka bentuknya memercikkan ilhan permata dan menawarkan sesuatu yang cukup sofistikated. Gelang dengan penggunaan material keluli tahan karat melekap sempurna di pergelangan tangan dengan cukup sleek. Apa yang lebih istimewa ia dihasilkan tanpa gesper penyambung.
Setiap satu bucunya terbentuk sempurna dalam menyatukan fungsinya dengan sebaiknya. Bentuk V yang dihasilkan menjadi kod rasmi pada gaya Joséphine Aigrette menjadikan koleksi ini cukup ikonik.