Daripada elemen fringe or feathers hinggalah ke sentuhan fesyen sporty, kesemua trend musim bunga/panas 2025 are giving fun, edgy and flirty vibe! Teruskan membaca untuk menemui 10 pilihan trend paling hangat musim ini - panduan sempurna untuk membantu anda membuat pilihan bijak ketika membeli-belah untuk kekal bergaya dan up-to-date!
Fringe or Feathers?

Kedua-duanya membawa aura boho moden yang memukau. Fringe dan feathers tampil sebagai statement hangat yang memberikan visual dinamik dan pasti mencuri tumpuan!
Ledakan Merah

Singkirkan rona neutral yang membosankan dan pilih rona merah mengikut trend terkini – simbol untuk keberanian dan keyakinan yang sebenar!
Siluet Spiral

Tiba masanya untuk menyerlah dengan gaya moden menerusi rekaan berstruktur spiral dan potongan bias yang mengalir indah pada bentuk tubuh. Sangat anggun dan memukau!
Si Gadis Lembut

Kelembutan rona merah jambu mencipta aura feminin yang segar dan mempesona - seakan membawa kita kembali ke zaman remaja!
Cool Summer

Cipta gaya nautikal dengan corak jalur, leher berkolar, butang emas serta skema warna biru laut dan putih. Trend preppy klasik ini mencipta penampilan yang selesa dan santai.
Kemewahan Riasan

Hiasan beg charms telah menjadi salah satu aksesori paling trendy dan kini, elemennya meresap ke dalam pakaian dan aksesori yang lain. Tunjukkan gaya playful anda dengan sentuhan hiasan berlebihan!
Lapisan Ekstra

Daripada jaket dengan bukaan zip, jaket dengan butang yang tersusun rapi hingga jaket yang dibiarkan bebas, semuanya mampu mengangkat keseluruhan gaya - tidak kira musim panas atau dingin!
Naked Fashion

Gabungan rona pastel dan alunan fabrik tulle yang memikat menyerlahkan aura sensual dengan pesona romantik.
Suntikan Lasak

Trend fesyen ala sporty menekankan keselesaan, praktikaliti dan gaya dinamik - pilihan ideal untuk streetwear yang trendy dan effortlessly cool!
Bag Moments

Industri fesyen kini menumpukan perhatian terhadap beg dengan reka bentuk luar biasa, berwarna-warni, bertekstur dan unik - sarat dengan personaliti yang menarik.
*Gambar daripada Launchmetrics Spotlight.