Langgan

Fenomena Gaya Ikonik Eyeshadow Biru Kembali!

Eyeshadow biru yang kini menjadi simbol ekspresi diri dan keberanian dalam dunia solekan
2 minit untuk membaca
Published: April 23, 2025

Dalam dunia kecantikan yang sentiasa berubah, eyeshadow biru kini kembali menjadi tumpuan, terutamanya di platform TikTok. Warna yang pernah mendominasi era 90-an ini kini mempunyai nafas baru, dengan ramai pengguna di media sosial yang menghidupkan semula gaya ikonik yang pernah menghiasi skrin TV dan filem.​

Watak-Watak Ikonik dengan Eyeshadow Biru

Eyeshadow biru bukan sekadar trend semasa, ia telah lama digunakan dalam dunia hiburan untuk menggambarkan pelbagai emosi dan karakter. Berikut adalah beberapa watak terkenal yang menjadikan eyeshadow biru sebagai identiti mereka:​   

@genieeozepelim #cabaret1972 #cabaretmovieedit #lisaminelli #cinema #foryoupage #foryou #fyp ♬ som original - marjory
  • Maxine Minx dalam X (2022): Watak Maxine yang dibawa oleh Mia Goth tampil dengan solekan eyeshadow biru yang menyerlah, mencerminkan semangat pemberontakan dan daya tarikan bintang filem era 70-an.
Gambar: @harbsy
@rocknrollgirlyy She definitely love her boyfriend #buffalo66 #layla #laylabuffalo66 #christinaricci #buffalo66edit #90s #fyp #foryou ♬ i love my boyfriend - ★
  • Elaine dalam The Love Witch (2016): Solekan eyeshadow biru digunakan untuk watak utama filem ini untuk menonjolkan femininiti yang penuh misteri.
@jalavsp part 8 || #ELAINE my baby.. #edit #elainethelovewitch #thelovewitch #autumn #fall #xyzbca #fypageシ #viraltiktok #dontflop ♬ original sound - jala
  • Maddy Perez dalam Euphoria (2019): Watak ini menggunakan solekan ini untuk menggambarkan perjalanan mereka dalam mencari identiti dan menghadapi tekanan sosial. ​
Gambar: @goldenfilmz

​Trend di TikTok: Menghidupkan Semula Gaya Klasik!

Di TikTok, trend eyeshadow biru semakin mendapat perhatian dengan pelbagai tutorial dan cabaran yang mengajak pengguna mencipta semula gaya ikonik ini. Ramai beauty influencer yang telah mempopularkan semula gaya ini, menggabungkan elemen retro dengan sentuhan moden yang segar.​

Lengkapkan look eyeshadow biru anda dengan pilihan produk ini:

  • Original Colorful Magnetic Eyeshadow – Pembayang mata Ultra Metallic dari Sephora ini memberi efek berkilau yang menawan dan sangat mudah untuk dioleskan, pasti memberi hasil yang memukau!
  • Dreamy Easy Eye Kit (Edisi Terhad) – Pembayang mata stik dari NudeStix ini menampilkan tiga tona biru yang elegan dan moden. Sesuai untuk anda yang inginkan gaya sofistikated!
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down