Adidas berganding bahu bersama ZALORA untuk mempersembahkan The Original, satu kempen yang mengangkat semula Adidas Originals dan menginspirasikan generasi baru untuk meraikan keaslian. Bertemakan perubahan bermula dengan satu langkah berani, Adidas x ZALORA pop-up kini membawakan pengalaman eksklusif yang memikat di tengah-tengah Bukit Bintang.
Melangkah ke Dunia Originals
Bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur dari 10 hingga 15 April 2025, pengunjung berpeluang melangkah ke dunia penuh gaya adidas Originals yang mempamerkan tiga siluet ikonik: Superstar II, Handball Spezial dan Samba OG – bersama koleksi pakaian dan aksesori terkini. Setiap langkah dalam pop-up ini bukan sekadar pameran, tetapi sebuah pengalaman penuh ekspresi diri dan gaya unik.

Malam Eksklusif Bersama Selebriti & KOLs
Pelancaran pop-up ini dimulakan dengan satu malam eksklusif yang dihadiri selebriti dan influencer/KOL terkemuka. Semua tetamu yang hadir diberi peluang untuk menikmati segala aktiviti yang ditawarkan, sambil dihiburkan dengan muzik daripada DJ Aidaho dan persembahan tarian yang bertenaga, memanaskan lagi suasana sebelum pop-up ini dibuka kepada umum.


Antara Aktiviti Menarik di Adidas X ZALORA Pop Up
- Photo Wall: Pose dan abadikan kenangan sambil berkongsi di media sosial anda!
- DIY Charm Corner: Dengan setiap pembelian kasut adidas, dapatkan set charm eksklusif sebagai aksesori tambahan untuk kasut anda!
- Music Zone: Nikmati suasana muzik yang telah dikurasi khas, termasuk set DJ secara langsung oleh Aidaho dan Daaliah.
- Gelato Bar: Selesaikan cabaran perjalanan dan nikmati satu scoop gelato percuma sebagai penutup yang sempurna selepas meneroka pop-up ini.
- Exclusive Gifts: Dapatkan bandana edisi terhad Adidas x ZALORA dengan pembelian kedua anda yang hanya ada di pop-up ini!


ZALORA turut bekerjasama dengan Atome untuk menawarkan pilihan pembayaran fleksibel tanpa faedah, memudahkan pembelian di pop-up Adidas ini. Pelanggan boleh membahagikan pembayaran kepada tiga ansuran mudah. Tambahan lagi, pengguna Atome QR berpeluang menikmati diskaun 10% untuk pembelian minimum RM300 — tawaran istimewa ini sah sehingga masa tertentu sahaja.
Menurut Melissa Gan, Pengurus Kanan Perkongsian Serantau Atome, “Kami berbangga menjadi rakan pembayaran eksklusif untuk pop-up ZALORA bersama Adidas ini, memudahkan pelanggan membeli jenama kegemaran mereka secara bertanggungjawab, dalam talian mahupun luar talian.”
Kunjungi aplikasi mudah alih ZALORA atau laman web di sini untuk membeli koleksi Adidas Originals pilihan anda!