Langgan

Momen Fesyen Terbaik Selebriti di Coachella 2025

Bukan sahaja festival muzik, malah festival fesyen buat para fashionista!
1 minit untuk membaca
Published: April 18, 2025

Selamat tinggal kepada trend flower crown yang dahulunya pernah menjadi go-to trend fashionista apabila pergi ke festival muzik Coachella. Tahun ini menyaksikan stail sartorial inspirasi atas pentas fesyen ke tengah padang pasir Indio, California.

ELLE kumpulkan gaya paling chic daripada outfit Miu Miu dan Jean Paul Gaultier oleh Teyana Taylor hinggalah gaya santai western model-off-duty oleh Taylor Hill, ini momen-momen fesyen terbaik selebriti di Coachella 2025.

Lisa

Gaun hitam labuh ke Festival REVOLVE di Coachella? Now this is GROUNDBREAKING. Lisa dilihat menggayakan dress elegan daripada Jean Paul Gaultier bersama shoulder bag crochet Rabanne. Siapa kata festival muzik hanya untuk fringe dan bedazzle?

Teyana Taylor

Another Jean Paul Gautier number, Teyana Taylor membawa high-fashion ke padang pasir. Teyana memadankan outfit serba hitam dengan topi cowboy Miu Miu. Yeehaw!

Alix Earle

Earle membawakan gaya biker-chic glam dengan jaket moto rugged dan skirt mini kulit beropol. Keseluruhan gaya yang edgy disuntik elemen western dan padanan kasut but cowboy.

Paris Hilton

Queen of the desert, Paris Hilton setia kepada stail peribadinya - fun, girlie dan pink! Sejujurnya, gaya ini amat Paris Hilton-coded to a tee!

Emma Chamberlain

Dikenali untuk stail rebellious, content creator Emma Chamberlain pilih untuk tampil feminin ke Coachella untuk hari pertama festival muzik Coachella. Something fresh, something girlie.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down