
Longines meneruskan kelangsungan DolceVita sebagai sebuah legasi yang sejak ia dicipta pada tahun 1927. The Mini DolceVita diperkenalkan sebagai jam tangan yang meneruskan penciptaan Swiss. Penyatuan adicipta barang kemas dan seni yang sudah menjadi tradisi Longines sejak abad ke-19.
Setiap satunya dihasilkan dengan keluli tahan karat dengan bentuk segi empat yang menawan. Disepuh emas 18 karat dan emas ros datang dalam dua variasi yang setiap satunya disempurnakan dengan 38 Top Wesselton diamond 0.456 karat.
Dicipta mengikut estetika yang menggabung dua material berbeza dalam satu rekaan menyerlahkan jam The Mini DolceVita tidak hanya elegan tetapi juga cukup selesa digayakan pengguna. Rekaan geometri dengan jarum saat diletakkan di jam 6 menciptakan sesuatu yang cukup distingtif.

KEANGGUNAN SEBENAR
Keunikan penghasilan jam tangan datang dengan ketepatan masa. Kaliber L178 Quartz movement dengan sistem water-resistant sehingga 3 bar (30 Meter). Dihasilkan penuh harmoni dengan penyatuan material dan proposition menciptakan sesuatu yang cukup timeless. Mini DolceVita menjadi koleksi yang penciptaan terbaik Longies seiring dengan falsafah keanggunan dan attitude yang tepat.