Dalam dunia kecergasan moden, Pilates bukan sekadar trend – ia menjadi gaya hidup untuk ramai yang mencari keseimbangan antara kekuatan fizikal dan ketenangan minda. Dengan semakin banyak studio Pilates, anda mungkin tertanya-tanya yang mana satu patut dicuba dulu? Ini senarai studio Pilates popular yang patut anda cuba!
Urban Spring Pilates
The IT girl Pilates Studio- Urban Spring Pilates dikenali dengan ruangnya yang aesthetic, serta tenaga pengajar yang berpengalaman. Mereka menawarkan kelas dalam berkumpulan dan juga sesi peribadi dalam pelbagai jenis kelas seperti chair pilates, reformer dan banyak lagi!
Lokasi: Bangsar, Mont Kiara & TTDI
CARVE Studio
Studio Carve menumpukan pada pendekatan berasaskan hasil dengan gabungan teknik pilates moden seperti melakukan reformer dan Mat Pilates, studio ini sesuai bagi mereka yang ingin fokus kepada kekuatan teras dan toning badan. Persekitarannya yang minimalis memberikan suasana yang tenang dan fokus.
Star Pilates
Star Pilates, salah satu studio yang popular ini menawarkan persekitaran yang mesra dan profesional menjadikannya studio pilihan yang baik untuk mereka yang mencari pengalaman Pilates yang berkualiti. Studio ini juga menawarkan sesi peribadi dan ia juga sesuai untuk beginners!
Lokasi: Publika, Mont Kiara
Tone Pilates
Studio elite, Tone Pilates menjadi pilihan ramai kerana studionya yang mewah membuatkan ramai yang ingin datang ke sana bukan hanya untuk pilates tetapi juga untuk merasai pengalaman yang glamor itu! Anda juga boleh mencuba sesi peribadi dan berkumpulan yang efektif bersama pengajar yang berpengalaman.
Lokasi: Babel TTDI, Platinum Park, W Hotel
So Pilates
So Pilates menawarkan kelas reformer seperti "So Fresh" untuk beginner dan "So Fine" untuk intermediate. Studio ini juga menyediakan sesi peribadi dan berkumpulan, serta ruang untuk event dan workshop. Dengan pendekatan yang mesra dan peralatan berkualiti tinggi, So Pilates sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman Pilates yang lain daripada lain.
Lokasi: Taman Danau Kota, KL Gateway
@hnaisya_ pilates 🤝 snatched waist - absolutely loved my class at @Sopilates #sopilates #sopilatesklgateway #pilates ♬ american boy - ༺ 00s throwbacks ༻