Langgan

Revolusi Baru Fibre Clinix oleh Schwarzkopf Professional

Schwarzkopf Professional kini kembali dengan rangkaian Fibre Clinix, menawarkan teknologi dan pembaikan kekal yang boleh diaktifkan semula daripada rumah.
2 minit untuk membaca
Published: April 11, 2025
Fibre Clinix
Di majlis pelancaran Fibre Clinix

Lima tahun selepas pelancarannya yang mengubah landskap penjagaan rambut, rangkaian Fibre Clinix oleh Schwarzkopf Professional kembali dengan teknologi terkini yang menawarkan pembaikan rambut berkekalan dan hasil yang boleh diaktifkan semula daripada rumah.

Dilancarkan pada kemuncak pandemik tahun 2020, Fibre Clinix mencipta gelombang dalam dunia penjagaan rambut profesional dengan membawa pendekatan customisation secara mendalam untuk setiap jenis dan keperluan rambut. Kini, rangkaian ikonik ini kembali dengan evolusi terbarunya yang memberikan pembaikan menyeluruh, tahan lama dan boleh diaktifkan semula di rumah berulang kali.

Fibre Clinix
Rangkaian in-salon Fibre Clinix

Teknologi terkini
Rangkaian terbaru ini berasaskan dua teknologi canggih dan paling maju dalam sejarah Schwarzkopf Professional. Bondfinity mencipta ikatan kovalen yang kuat dan kekal di dalam teras serat rambut. Ia mengunci keratin semula jadi rambut dan dikatakan membalikkan sehingga 90 peratus kerosakan dan menghasilkan rambut yang 10 kali lebih kuat. Digunakan secara eksklusif dalam servis salun Fibre Clinix, teknologi ini membentuk asas kepada kaedah Bondfinity untuk hasil jangka panjang.

Fibre Clinix
Rangkaian Fibre Clinix bagi penjagaan rambut di rumah

Penjagaan Di Rumah
Bagi mengekalkan dan mengaktifkan semula hasil rawatan salun di rumah pula, Bondxtend membentuk ikatan ionik dan hidrogen tambahan dalam serat rambut. Ia bukan sahaja menguatkan struktur rambut daripada kerosakan harian, tetapi juga menjadikan rambut lebih tahan dan sihat secara berpanjangan. Terdapat empat koleksi penjagaan di rumah yang diinspirasikan oleh penjagaan kulit, disesuaikan untuk pelbagai masalah rambut:

  • Fortify: Diperkaya dengan multi-peptida untuk memperbaiki rambut rosak dan rapuh.
  • Vibrancy: Mengandungi AHA untuk mengekalkan warna dan kilauan rambut yang diwarnakan.
  • Hydrate: Diformulasi dengan elektrolit untuk menghidratkan rambut kering dan rapuh.
  • De-Frizz: Mengandungi Minyak Buah Markisa untuk mengurangkan kusut dan menjinakkan rambut yang sukar diurus.

Disekitar majlis pelancaran koleksi Fibre Clinix di Kuala Lumpur

Fibre Clinix
Rangkaian Hydrate Fibre Clinix
Tetamu yang hadir di majlis pelancaran
Tetamu dan pakar-pakar rambut yang hadir di majlis pelancaran
Rangkaian in-salon Fibre Clinix

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down