Langgan

Raikan Ikon Fendi Dengan Kempen 'Fendi For Yourself'

FENDI memperkenalkan kempen digital terbaru mereka yang menampilkan sensasi internet Nara Aziza Smith dan KATSEYE
2 minit untuk membaca
Published: April 8, 2025

Baguette atau Peekaboo? Sudah tiba masanya untuk anda memilih ikon peribadi anda! Kempen 'Fendi For Yourself' memberikan nafas baru kepada hubungan dinamik antara dua ikon Fendi yang begitu terkenal dalam dunia fesyen. Ia menyatukan kontras antara beg Baguette yang cukup ceria, manakala Peekaboo yang elegan dan sofistikated mencerminkan “persaingan fesyen” untuk wanita yang memilikinya, sekaligus menyerlahkan keunikan dan gaya peribadi setiap individu.

Ikon nombor satu, Peekaboo direka khas buat wanita moden. Beg ini melambangkan status ikonik, rekaan luar biasa dan gaya yang tidak lapuk dek zaman. Penuh dengan versatiliti dan timeless elegan yang pasti menjadi pilihan untuk anda yang inginkan keunikan didalam bergaya.

Beg tangan 'It' di era 90-an, Baguette yang dilancarkan pada tahun 1997 telah menjadi fenomena dengan gayanya yang tersendiri. Dengan ribuan variasi dan rekaan yang berani serta bersahaja dan aesthetic, beg ini mendefinisikan semangat muda dan kebebasan wanita pada era kini.

Kempen ini menampilkan ikon generasi baru iaitu, Nara Aziza Smith bersama model, Jordan Daniels, serta Kumpulan global KATSEYE, dari program Netflix Popstar Academy. Mereka membawakan personaliti tersendiri dalam menggambarkan sifat berbeza yang dimiliki oleh dua beg ikonik Fendi ini.

Nara Aziza Smith bersama Peekaboo & Jordan Daniels bersama Baguette

Nara Aziza Smith berkata “Fendi ialah jenama ikonik dan saya amat teruja dapat menjadi sebahagian daripada kempen daripada jenama dan beg yang ikonik ini!

KATSEYE turut berkongsi bahawa intipati kempen ini selari dengan cara kami yang mencerminkan keseimbangan antara kontras yang menjadi asas kepada identiti kami. Seperti muzik kami yang merangkumi pelbagai sisi, kempen ini turut mengingatkan bahawa kita tidak perlu terikat dengan satu identiti sahaja.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down