Langgan

OMEGA Menerajui Sebuah Evolusi

Edisi terbaru mendarat untuk anda yang mahukan sesuatu yang lebih mengujakan.
1 minit untuk membaca
Published: March 25, 2025

OMEGA’s innovative Worldtimer memperkenalkan koleksi Seamaster Planet Ocean. Sejak tahun 2017, ia menjadi item yang cukup popular dalam rangkaian aqua Terra 150M. Kini dengan komplikasi baru yang yang diperbaharui dengan seramik, memberi pilihan untuk pengembara.

Mengikut jejak Planet Ocean Deep Black setiap model 45.5 mm ini dipersiapkan dengan bekas seramik hitam [ZrO2] bersama dengan bezel yang memancarkan laser-ablated diving scale. Apa yang dihasilkan adalah sesuatu yang lebih kemas.

Fokus utama kunci gaya utama pada koleksi ini adalah model yang lebih menyerlah dengan indeks Super-LumiNova yang datang dengan gelang getah berwarna hitam dan jahitan turquoise dan clasp seramik juga titanium yang mengukuhkan ia sebagai item yang jitu.

OMEGA kali ini lebih berani dengan terampilan indeks Super-LumiNova berwarna kelabu yang disuai padan dengan gelang getang berwarna hitam dengan perincian kelabu.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down