
Kesungguhan pakar di MIDO menciptakan sesuatu yang berevolusi telah diperakui. Penyatuan kecanggihan teknologi dengan inovasi rekaan menzahirkan Multiford 8 Two Crowns yang dihasilkan dengan estetika dan personaliti tersendiri.
Dail yang unik dihasilkan dengan elemen garis horizontal dan bezel oktagon dalam bekas yang cukup klasik. Rekaannya cukup kemas dengan inovasi juga misi memastikan fungsi dan seiring dengan kualiti penghasilan. Pada tahun 2002 jenama ini memperkenalkan All Dial Diver dan pada tahun 2013 misi berterusan dengan pengenalan Multifort Two Crowns.
PERINCIAN GEOMETRI
Dihasilkan dengan material yang cukup utuh, keluaran terbaru Multifort 8 Two Crowns menampilkan karakter yang diasosiasikan dengan kuasa. Dail hitam dengan gelang keluli tahan karat memancarkan sesuatu yang cukup elegan dan halus.
Super-LumiNova® memastikan indeks jam dan minit sempurna juga tepat. Tarikh yang diletakkan pada tanda waktu jam tiga memenuhi kehendak penggunaan harian. Rekaannya yang sporty memberikan pentafsiran kejituan waktu yang kukuh.Dengan Caliber 72 yang menghasilkan sesuatu yang lebih slim, siri ini direka dengan gerakan terkini yang datang dalam bekas berwarna hitam.