Sambutan Syawal yang bakal diraikan beberapa minggu lagi akan pasti akan cukup meriah dengan dendangan lagu-lagu raya. Tidak meminggirkan lagu-lagu terdahulu yang sudah menjadi siulan, tahun ini sekali bakal menyaksikan senarai lagu raya 2025 yang bakal hits.
MERIAH LAIN MACAM (NADEERA & HAEL HUSAINI)
Setelah kejayaan single "Bukan Lagi Kita" yang menemukan Nadeera dan Hael Husaini sebagai kolaborasi komposer dan penyanyi, kali ini dua nama besar ini bergabung pula dalam sebuah lagu raya yang cukup catchy berjudul 'Meriah Lain Macam'. Lagu ini ciptaan bersama Heal dan Iqie Hugh.
JODOH HARI RAYA (DAYANG NURFAIZAH)
Lama rasanya Dayang Nurfaizah tidak melepas single lebaran. Kali ini dengan nuansa retro, Dayang membawakan kita pada feel-feel lagu P. Ramlee dan Saloma. Lagu diberi judul "Jodoh Hari Raya" ini menyerlahkan kelembutan suara Dayang dalam persembahan yang cukup membuai.
RAYA NAK KE MANA (SITI NURHALIZA)
Pesona Siti Nurhaliza dengan rangkaian lagu-lagu raya popularnya seperti "Sesuci Lebaran" dan "Nazam Lebaran" akan diteruskan dengan lagu raya terbaru ciptaan Aisha Retno bersama adiknya Radi. Lagu yang diberi judul "Raya Nak Ke Mana" ini membawa ilham Zapin dalam persembahan yang menghiburkan.
HARI MULIA (AMIR JAHARI & BETO KUSYAIRI)
Pemuzik Folk Nusantara, Amir Jahari tampil berbeza kali ini dengan rangkaian lagu raya. Menjadikan naskhah ini lebih istimewa, Amir membawa pelakon lelaki tersohor Beto Kusyairi sebagai rakan kolaborasi lagu yang dihasilkan cukup mellow ini. Mengangkat ilham nostalgia, "Hari Mulia" pasti akan membawa kenangan anda pada yang tersayang.
NYAM NYAM KETUPAT (WANI KAYRIE / ZIZAN RAZAK)
Kolaborasi yang cukup menarik ini tampil dengan lagu yang cukup catchy. Kemunculan Zizan Razak yang lama tidak muncul dengan lagu baru menambah kemeriahan lagu ini sebagai sebuah lagi lagu raya yang cukup menarik didengarkan. Turut menampilkan Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.
POKAI RAYA (MAL HAMKA)
Mengambil ilham humor, "Pokai Raya" menampilkan Mal Hamka bersama Tamiera Chan, Athalia dan Nadia Rosli dalam sebuah satira kisah menyambut raya. Lagu ciptaan Ja'a, Mage dan Glowrush ini mengikut standard kebanyakan lagu raya dengan persembahan sederhana.
RAYA TELAH TIBA - WANY HASRITA
Wany Hasrita meneruskan kemerduan dalam nyanyiannya menerusi lagu raya terbaru berjudul "Raya Telah Tiba". Ramuan Pop bersama tradisional dengan lirik yang humor memberikan kelebihan untuk lagu ini dihasilkan dengan penuh elemen hiburan. Perfect to fit your raya playlist!