Lebih 50 hidangan – daripada pembuka selera, ke menu utama sehinggalah pencuci mulut – tersedia buat pengunjung-pengunjung! Inilah yang ditampilkan oleh The Ritz-Carlton, bersempena bulan Ramadan yang menyajikan bufet dengan tema menu ‘Southern Thai Meets Malaysian Flavours’.

Sudah hampir dua minggu kita merayakan bulan Ramadan. Tibanya bulan yang mulia ini umpama membawa sinar harapan baharu dan pastinya berakhir dengan mendatangkan kemenangan buat umat yang meraikannya. Tradisi yang berlarutan ini dihidupkan oleh keriangan dan keberkatan, menjadi lebih indah dengan kesempurnaan pengalaman yang cukup bermakna dan pasti tidak dapat dilupakan. The Ritz Carlton mengistimewakan pengalaman ini menerusi hidangan gastronomi unik bulan Ramadan yakni buffet The Ritzy Festive Feast yang menyatukan rasa nostalgia berbancuh garapan kontemporari.

The Ritz Carlton mengundang anda untuk menikmati The Ritzy Festive Feast di The Cobalt Room, yang terletak di aras satu. Bagi mengecapi kenikmatan tersebut, menu festive feast The Ritz Carlton terhasil daripada kurasi Thai Master Chef Rasikan. Apa yang membuatkan hidangan buka puasa ini unik adalah ia dicedok daripada inspirasi restoran yang juga merupakan milk The Ritz Carlton, yakni Pak Tai di The The Ritz Carlton, Koh Samui.
Pertemuan Selatan Thai Dengan Cita Rasa Malaysia!
Antara yang menjadi tumpuan adalah hidangan menu distingtif seperti Phad Ka Phow Nua (yakni Daging Tumis Goreng yang dicampur Cili Bawang Putih dan Selasih Thai) dan Gaeng Keaw Whan Gai (Ayam Kari Hijau). Bagi merancakkan lagi selera, turut tersedia adalah Chu Chee Goong (Udang Kari Merah bersama Daun Limau Kaffir), Tom Yum Goong serta Phad Tai Goong Sod dan bersama lebih 50 hidangan lain (seperti yang ditulis di atas) termasuklah pembuka selera, mains dan pencuci mulut. Tidak ketinggalan juga adalah, menu makanan rencaman Malaysia yang sememangnya menjadikan bufet Ramadan ini sangat variasi dan pasti memuaskan selera anda!
Harga bufet :
SETIAP HARI| 6.30PM - 10PM
THE COBALT ROOM, ARAS SATU
MYR150++ UNTUK SEORANG | MYR75++ UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN