
Musim ini jenama antarabangsa kembali mempersembahkan pelbagai aksesori yang memenuhi kehendak bergaya setiap wanita - ia hadir sebagai pilihan untuk melengkapkan gaya peribadi si pemakai.
BEG
- Siluet Bulat
Beberapa pereka fesyen menonjolkan permainan siluet bulat melalui koleksi aksesori mereka, termasuk beg yang bergaya hobo dan beg dengan pemegang (top handle).



2. Boxy Klasik Top Handle
Beg dengan siluet klasik bergaya top handle menjadi pilihan beberapa pereka fesyen musim ini - ia menambahkan sentuhan anggun pada penampilan wanita.



3. Clutch ‘Envelope’
Terkenal kerana siluetnya yang praktikal namun tetap elegan, beg clutch berbentuk ‘envelope’ sedia untuk melengkapkan penampilan malam para wanita berkerjaya dengan jadual padat.



4. Perincian Tenun
Perincian tenun mengingatkan kita kepada bag tangan ikonik Jane Birkin - corak unik ini kembali menjadi pilihan untuk melengkapkan penampilan musim panas.



KASUT
- Kasut Mule Runcing
Kasut mule runcing yang seksi ini menciptakan ilusi kaki yang lebih panjang dan ramping.



2. Aksen ‘Drama Queen’
Barisan kasut dengan perincian dramatik mampu menarik perhatian ramai tanpa mengira ke mana sahaja anda melangkah.


3. Gladiator Moden
Koleksi kasut bergaya gladiator kini lebih menonjol dengan perincian bertali dan strap - menyerlahkan keseluruhan gaya si pemakai.



AKSESORI
- Tali pinggang sebagai pelengkap gaya
Tidak mengira rekaan dan saiz, tali pinggang memainkan peranan penting untuk melengkapkan gaya dan dianggap sebagai aksesori ‘wajib’ ada musim ini.



2. Kacamata Berbingkai Besar
Kacamata berbingkai besar seperti goggle memberikan kesan sporty dan retro.


