
Menawan dengan penciptaan yang cukup halus dan rekaan berani menjadikan Piaget Sunlight Panorama sebagai definisi sebenar keanggunan dalam penghasilan aksesori barang kemas yang cukup mewah. Menggabungkan tatahan permata, kilauan emas dan seni rekaan yang berstruktur - koleksi ini memberi nafas baru Piaget untuk terus bernadi.
Sejak tahun 1874, Piaget cukup dikenali dengan menggabungkan tradisi dengan inovasi moden dalam penciptaan. Daripada seni pembuatan jam tangan ultra-nipis sehingga kepada penghasilan perhiasan mewah yang cukup kontemporari, Maison terus menghasilkan karya yang menjadi dambaan melangkaui batasan masa.

Apa yang dihasilkan menerusi penciptaan terkini bagi koleksi Sunlight Panorama adalah bertujuan menghidupkan semula semangat tradisi bertemu inovasi. Ia menggabungkan sesuatu yang cukup dinamik dengan kilauan batu turquoise, chrysoprase dan juga berlian sebagai satu dedikasi istimewa pancaran cahaya.
Dunia Extraleganza Piaget menjadi destinasi pencinta barang kemas dan aksesori yang sentiasa dahagakan sesuatu yang cukup timeless dan pada masa yang sama masih mengekalkan identiti pada warisan yang dibawa jenama ini. Di Piaget apa yang pasti sesuatu yang berawal dengan imaginasi dihasilkan penuh ketelitian dan memiliki kisah yang tersendiri.