
Tahun baru datang lagi, harus peka dengan pendirian dan kekuatan diri namun pada masa yang sama perlu sentiasa siap untuk kemungkinan yang beragam.
Success is a mess!
Jika fokus anda hanya pada kejayaan semata, yang anda akan temukan adalah kelelahan. Success is a mess, ia tidak seringnya menjanjikan jalan mudah dan tiada kejayaan sebenar selagi kita bernafas dan harus bekerja. Fokus harus teralih pada cara memperbaiki diri, cara bekerja dan bagaimana anda mampu bekerjasama dalam apa jua kelompok individu dan situasi.
Personal Growth
Hal paling utama untuk membezakan anda dengan individu lain adalah kelebihan yang anda miliki. Cari satu nilai, bakat atau kelebihan yang ada dalam diri untuk menyerlah lebih daripada rakan sekerja lain. Kuasainya sehingga tiada yang mampu menidakkan kemampuan yang anda miliki.
Fact Check!
Pabila bicara anda beralas fakta dan data tiada siapa yang mampu menidakkan kemampuan dalam bekerja. Sentiasa siap dengan segenap ilmu dalam bidang kerja anda sebagai perisai dan perbaikinya dari masa ke masa.
Urus Masa
Deadline membentuk disiplin diri. Urus sebaiknya dengan meletakkan keutamaan yang mana lebih penting untuk diselesaikan dan daripada situ semua hal-hal tak terduga yang mendatang mampu ditangani dengan pengurusan masa yang baik.
Ikon Inspirasi
Tahun baru ini, cara terbaik untuk mendapatkan aspirasi jaya diri adalah dengan memiliki satu ikon yang anda senang dengan kejayaan mereka. Lihat, baca dan tulis hal-hal penting yang membentuk kejayaan individu tersebut dan adaptasikan dalam kehidupan seharian.

