
Perjalanan panjang bermuzik persona Pop seberang, Rossa masih belum berhujung. Setelah tahun lalu rencana dokumentari dilaksanakan dengan jayanya - tahun ini Rossa siap untuk menganjurkan sebuah konsert berskala besar buat peminatnya di Kuala Lumpur pada tarikh 14 Jun nanti.
Konsert yang diberi nama "Here I Am" ini bakal dipersembahkan di hadaan lebih 80 ribu penonton di Axiata Arena Kuala Lumpur. Menurut Rossa menerusi sidang media yang dilakukan secara virtual di Kuala Lumpur, "Konsert “Here I Am” ini akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsert-konsert saya sebelum ini."
Tambahnya lagi "Konsert ini juga akan melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep yang saya yakin pasti buatkan semua teruja menontonnya." Menurut Rossa lagi, nama “Here I Am” itu sendiri adalah refleksi dari perjalanan kerjaya beliau serta legasi yang telah dicapainya hingga kini.
DISKAUN PRA JUALAN
Jualan tiket dengan harga bermula dari harga RM228 untuk kategori Festival hingga RM788 bagi kategori Diamond boleh dibeli di platform www.ticket2u.com dan istimewa bagi pemegang kad kredit dan debit Maybank diskaun sebanyak 10 peratus diberikan untuk pra-pembelian.
Konsert “Here I Am” yang dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran dari Sah Entertainment turut mendapat sokongan daripada Maybank sebagai Rakan Strategik Perbankan untuk membawa sebuah persembahan yang luar biasa kepada pecinta Rossa di Kuala Lumpur, Malaysia.