Langgan

'Ipar Adalah Maut': Kenali Pelakon Kontroversi Netflix, Davina Karamoy

Bintang Indonesia yang semakin melakar nama and nothing is stopping her.
1 minit untuk membaca
Published: November 20, 2024

Drama filem Netflix 'Ipar Adalah Maut' yang kini sedang hangat ditayangkan di Netflix menjadi bualan ramai, dek kerana jalan ceritanya penuh konflik rumah tangga diadaptasikan daripada kisah sebenar. Namun, watak Rani lakonan Davina Karamoy menangkap perhatian penonton bukan sahaja kerana watak antagonis dalam cerita itu, tetapi juga kerana miliki raut wajah natural beauty. Ayuh kenali pelakon cantik Indonesia ini lebih dekat lagi.

Perjalanan Karier

Pelakon muda yang mula melakar nama melalui lakonan debut dalam drama bersiri Tukang Ojek Pengkolan pada tahun 2018. Tetapi menerusi filem seram Mata Batin 2 dan Rumah Kentang : The Beginning yang meletakkan namanya di persada perfileman Indonesia.

Antara naskhah lakonan Davina yang berjaya seperti Ada Dewa di Sisiku (2020), 7 Hari Sebelum 17 Tahun (2021), Geez & Ann the Series (2022), Sajadah Panjang : Sujud dalam Doa (2023), Mozachiko (2023), Bad Boys vs Crazy Girls 2 (2023) dan Sayap Cinta Terindah (2023). Si jelitawan ini juga pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terfavorit, Pasangan Pelakon Terfavorit bersama pelakon Deva Mahenra di Indonesian Movie Actors Awards (IMA 2024).

Fashion Girl

Kini di usia 22 tahun, Davina mula memperlihatkan minat dalam berfesyen dan mendapat perhatian jenama fesyen antarabangsa mahupun tempatan. Stail peribadi Davina yang feminin dan youthful juga seiring dengan usianya, serta sering berkongsi kiriman foto OOTD melalui akaun media sosialnya. The future is looking bright for her!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down