Langgan

KAWAII! Kesenian Bertemu Kemewahan, LOUIS VUITTON X Takashi Murakami 

LOUIS VUITTON dan Takashi Murakami 'melanjutkan' hubungan kolaborasi, menampilkan rangkaian terbaru!
2 minit untuk membaca
Published: January 3, 2025

Selepas bergabung tenaga selama dua dasawarsa lamanya, Louis Vuitton dan artis jepun, Takashi Murakami merai ulang tahun bersama – dengan menampilkan rangkaian pengembangan 'XXL' rangkaian kolaborasi. Kerjasama yang penuh kenakalan, berwarna-warni ini menjanjikan paduan yang menggembirakan antara seni dengan fesyen. Happiness is in the air!

takashi murakami

Pada tahun 2004, artis kontemporari terkemuka Jepun, Takashi Murakami tidak menunda hasratnya untuk bekerjasama dengan jenama Louis Vuitton. Dia berkreativiti, mencucurkan tenaganya untuk membarui logo monogram Louis Vuitton dan peralihan itu adalah langkah berani yang pertama kali diambil oleh jenama tersebut. Semua ini tercetus daripada dukungan idea Marc Jacobs sendiri, yang merupakan pengarah artistik Louis Vuitton pada masa itu. Hasilnya: logo monogram yang dibarui oleh Takashi yang disimbah oleh 33 rona, lantas mengubah wajah beg-beg Louis Vuitton. Ia adalah kolaborasi yang mengaburi sempadan antara kesenian dengan kemewahan dan kolaborasi yang menyemarakkan dunia fesyen. Bermula dari situlah, beberapa rekaan dikekalkan dalam rangkaian ini dan meneguhkan sekali hubungan antara Louis Vuitton dengan Takashi. 

takashi murakami

Takashi Murakami dan LOUIS VUITTON bersahabat, tampil koleksi baharu!

Makanya, keakraban jenama Louis Vuitton dan Takashi yang terjalin selama 20 tahun itu bertunas ke pertemuan semula mereka untuk kolaborasi baharu, yang menampilkan semula pengembangan XXL koleksi yang sama! Louis Vuitton x Murakami membariskan lebih 200 kreasi termasuklah beg-beg ikonik Louis Vuitton seperti Keepall, The Coussin, The Dauphine dan Speedy.

Selain beg, rangkaian kolaborasi ini turut menyediakan sekali tali pinggang, dompet, sandal dan kaca mata hitam, yang kesemuanya dihiasi lambang flora dan cetakan LV dengan jalinan techincolour. Ikon ‘Superflat Panda’ yang nakal dan senantiasa ada adalam karya didaktik Takashi juga menyerikan beberapa rangkaian beg, dompet, sniker dan malah, papan luncur, manakala botol haruman minyak wangi serta cases terhias motif bunga-bungaan. 

Identiti kesenian Takashi yang sudah menguasai lukisan klasik Jepun, dengan telitinya menggabungkan kod tertentu bersama budaya pop Amerika dan ikonografi manga serta kartun Jepun. Beralasan baik, yakni sewaktu zaman kanak-kanak Takashi, dia dan segenap generasinya pada masa itu adalah pembaca setia komik kanak-kanak yang berwarna-warni dan ia hadir sejurus selepas tamatnya peperangan.

Dan ketaasuban membaca komik itu merupakan tindak balas mereka terhadap trauma mendalam pasca-peperangan. Seusai belajar dalam bidang History of Art, Takashi menggarap karak-karakter yang berilhamkan manga dan kelihatan seakan-akan tiada niat jahat. Antaranya, Mistor DOB (tikus versi Jepun  yang memimik rupa Mickey Mouse), karakter-karakter bunga yang dilengkapi wajah dan karakter Kaikai serta karakter Kiki. 

takashi murakami

Dalam bengkel yang amat besar, yang menempatkan lebih 200 orang pekerja, Takashi berjerih perih untuk mengerjakan beberapa projek. Di sinilah dia merealisasikan pamerannya di Chateau de Versailles pada tahun 2010, mengolah video muziknya untuk Billie Eilish dan Pharrell Williams dan mengorkestrakan fresco terbesar yang menerokai semula sejarah ekonomi menerusi siri karakter-karakter berpiksel pada dua tahun lalu. Lokasi ini jugalah tempatnya Takashi menggarap Louis Vuitton yang dibarui semula, yang bakal berkembang menjadi tiga bab berbeza. Bab pertama ditampilkan pada bulan Januari ini dan yang kedua pada bulan Mac. 

takashi murakami
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down