Langgan

Dari Paris Ke Miami, Pharrell Williams Berlayar Rentas Dua Benua!

Pharrell Williams membawa kita bercuti atas kapal Persiaran dalam kempen Louis Vuitton.
2 minit untuk membaca
Published: May 27, 2025
pharrell williams

Seyojana mata memandang, suatu tempat yang dituju kelihatan indah permai. Seraya dalam suasana bercuti di atas kapal layar dengan kereta sukan yang mengundang rasa bebas untuk bersenang-senang. Perjalanan itu bersemi menjadi keligatan si individu yang bergerak dari kolam renang ke pantai. Inilah yang terkandung dalam kotak fikir Pharrell Williams, selaki Pengarah Kreatif Lelaki Louis Vuitton, sewaktu merangka plot cerita himpunan musim Pre-Fall atau Pra-Luruh 2025.

Hajat Pharrell Williams adalah untuk merenda kisah modern traveler atau pelimbang moden yang tidak meminggir tradisi. Misalnya, berpakaian kemas kala transit di seberang Atlantik. Segala hal ini menjadi perihalan dalam kempen yang dihasilkan oleh fotografer Rosie Marks serta video oleh Gregoire Dyer – menyandiwarkan kisah pemakaian lengkap yang serasi dengan suasana berlepas, pelayaran, ketibaan rasmi, penginapan dan semua kemungkinan di antaranya. 

pharrell williams

Tajuknya? ‘Paris To Miami’ oleh Pharrell Williams yang mengialkan permulaan perjalanan kapal layar ke seberang pentas benua. Menjelmakan era kegemilangan merentas Atlantik dengan menaiki kapal serta kebanggan Miami Beach pada masa lampau. Rekaan-rekaannya mencungkil akar umbi gaya rekreasi berpakaian dandy, yang menjadi saranan untuk pakaian lelaki.

Lensa kontemporari menangkap visual yang berkonsepkan nafas baharu dan ia mencerminkan evolusi kreatif sewaktu wujudnya peralihan kod pakaian dari satu lingkungan ke lingkungan yang lain. Lantas, gambaran transisi merdogon jeladeri itu diumapamakan seperti mencerminkan falsafah LVERS yang menjadi inti pati Studio Prêt-à-Porter Homme Louis Vuitton. Menunaskan suatu nilai yang menyatukan komuniti global dari Paris ke Miami. 

pharrell williams

Meneruskan bicara Louis Vuitton Pra-Luruh 2025 pula, koleksi ini mendekati aspek percutian LVERS. Kecocokan gaya seorang dandy dengan persekitaran pelayaran dari laut ke pesisir pantai. Dalam bab pertama yang mengialkan the transit wardrobe, ia memberi penghormatan buat tailoring serta sartorial sportswear klasik yang dirangka sebagai kod dress untuk persiaran pelayaran. Mencerminkan rona-rona matahari terbenam serta refleksi lautan, ia mengkonsepsikan gaya relaks dalam bentuk kontemporari, suntikan sporty pada siluet formal dengan rangkaian loungewear elegan.

Bab kedua memerihalkan the arrival wardrobe, yang menyesuaiiklimkan dengan budaya pantai serta kolam renang, yang signifikan untuk Miami. Menerapkan elemen pastel yang bersangkutan dengan kehidupan pusat peranginan, garis yang menyempadani antara pakaian harian dan loungewear menjadi kabur dengan kehebatan aspek-aspek kolam renang serta pantai dan digarap dengan sentuhan savoir-faire. 

pharrell williams
ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down