Langgan

Aedy Ashraf dan Siti Khadijah Menghiasi Wajah Kempen Ramadan 2025 Lacoste

Sebuah koleksi kapsul gabungan teknologi AI dan fesyen!
2 minit untuk membaca
Published: March 24, 2025
Aedy Ashraf dan Siti Khadijah Halim

Lacoste mempersembahkan kempen Ramadan 2025, mengalunkan harmoni antara teknologi AI dan warisan French Fashion Sport yang abadi. Dalam kolaborasi bersama Aedy Ashraf dan Siti Khadijah Halim, kempen ini merayakan semangat Ramadan, menyulam keanggunan, kesederhanaan, dan keaslian dalam setiap langkah, tetap segar dan relevan dalam perjalanan kehidupan seharian.

Aedy Ashraf dan Siti Khadijah Halim, dua bintang yang bersinar di era kini, mempersonakan dunia dengan gaya mereka yang elegan, mencipta keseimbangan sempurna antara fesyen, kehidupan seharian, dan makna Ramadan.

Mengambil inspirasi daripada ketenangan dan warna memikat padang pasir, kempen ini menonjolkan tenis—jiwa dan nadi Lacoste—sebagai elemen utama. Palet warna turquoise dan jingga yang memukau mencerminkan kedamaian ketika matahari terbenam, seiring dengan waktu Iftar, manakala bulan sabit yang bersinar di langit membawa simbolik makna Ramadan yang suci. Dengan sentuhan visual yang kreatif dan dinamik, Lacoste membawa keindahan ini ke dalam dunia yang lebih segar.

Menggabungkan kecanggihan teknologi dengan tradisi yang mendalam, kempen ini menyusuri dunia digital tanpa melupakan akar sukan Lacoste yang tersemat kukuh. Kreativiti berasaskan AI mencipta ekspresi yang lebih mendalam dan menghidupkan naratif visual yang autentik. Dengan siluet yang ringan dan fleksibel, palet warna hangat yang memancarkan kehangatan Ramadan, serta perincian khas Lacoste, koleksi ini menjanjikan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.

Anda boleh dapati koleksi kapsul ini di setiap butik Lacoste Malaysia, dihiasi dengan hiasan tingkap bertemakan Ramadan yang unik.

Lacoste Malaysia Mempersembahkan: Buaya Batik – Perpaduan Warisan dan Seni

Farah Mohan

Lacoste Malaysia berkolaborasi bersama batik artist, Farah Mohan, untuk mencipta sebuah karya seni —Buaya Batik. Diilhamkan oleh elemen-elemen musim perayaan yang penuh makna, reka bentuk ini menyulam keindahan yang abadi:

  • Bunga Batik – Simbol keindahan yang melangkaui masa, mewakili warisan yang hidup selamanya.
  • Ketupat – Lambang perpaduan dan kebersamaan yang mengikat hati dalam setiap perayaan.
  • Pelita (Lampu Minyak Tradisional) – Membawa sinar kehangatan, keberkatan, dan semangat Hari Raya yang menyinari jalan.

Lihat keunikan karya seni ini di TRX sehingga 4 April, sebuah interpretasi budaya Malaysia yang autentik, dihidupkan semula melalui lensa ikonik Lacoste.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down