Langgan

Wardah Lancar Radiant Charge Serum Baru dengan Teknologi Cell Power

Inovasi terbaru dari Wardah untuk atasi masalah dark spot.
1 minit untuk membaca
Published: September 22, 2024

ELLE Malaysia berkesempatan untuk ke majlis pelancaran produk terbaru Wardah, di mana kami disambut dengan buah oren segar dan vibrant yang menjadi fokus kepada produk pelancaran mereka, 'Wardah Radiant Charge Serum'.

Diformulasikan dengan Teknologi Cell Power yang canggih, serum ini mengandungi intipati 10% Vitamin C dan Asid Ferulik yang berkesan menembusi lapisan kulit yang lebih dalam. Produk ini juga membantu mengatasi masalah dark spot, sekaligus mencegah penuaan, memberikan kulit anda lebih sihat, cerah dan lebih radiant.

Penutupnya yang direka khas dengan mekanisme airless pump, memastikan produk terpelihara dari pendedahan kepada udara, cahaya, dan pencemaran luar yang boleh merosakkan Vitamin C dari semasa ke semasa. Setiap titisan produk yang terhasil mengekalkan kualiti yang bagus dan keberkesanannya pada tahap maksimum.

Majlis pelancaran diserikan lagi dengan selebriti jemputan, Elfira Loy. Dalam sesi perkongsiannya, Elfira berkongsi tentang perjalanan kecantikan menggunakan produk Wardah, menekankan bagaimana 'Wardah Radiant Charge Serum' telah membantu mengekalkan glow wajahnya meskipun dalam jadual yang sibuk. Dengan senyuman menawannya, beliau bukan sahaja menambah sentuhan glamor, tetapi juga menginspirasi tetamu yang hadir untuk merasai keajaiban produk dari Wardah.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down