Langgan

Wangian Sandalwood Untuk Kesan 'Rich Girl Energy'

The rise of the scent girl era.
1 minit untuk membaca
Published: November 16, 2024

Koleksi wangian anda tidak sempurna tanpa sekurang-kurangnya satu wangian sandalwood yang intensif. Nota kayu kayan aromatiknya memberi impak aura rich girl energy, sangat on trend dalam dunia perfumery masa kini. Walaupun aroma ini lebih sinonim dengan wangian musim sejuk, namun ia juga semakin menjadi pilihan ramai dek aromanya yang distinktif dan tahan lebih lama. ELLE dalam misi untuk mencari haruman bernotakan sandalwood yang mesti ada dalam koleksi wangian anda.

Le Labo Santal 33 Eau de Parfum

Kombinasi nota kayu kayan dan floral pada wangian ini mencipta jenis semburan yang kompleks tapi ringan, menjadikannya cult favourite buat perfume collector.

Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum

Botol wangian ini bukan sahaja cantik untuk dijadikan sebagai 'aksesori' meja solek mahupun di tempat kerja, haruman ini juga cukup romantik kerana mempunyai nota Mandarin, jasmine, magnolia dan sandalwood.

wangian sandalwood

Chanel N°5 Eau de Parfum

It shouldn't be a surprise to see Chanel N°5 on the list, kerana ia semestinya kegemaran universal buat bertahun lamanya. Ia timeless dan tidak terlalu perfume-y, nota gourmand (vanilla) bersama sandalwood jadikannya adun wangian yang sempurna.

wangian sandalwood

Byredo Blanche Eau de Parfum

Wangian yang mengingatkan anda kepada haruman cadar yang baru sahaja ditukar, segar dan ringan. Sedikit powdery tapi diselitkan dengan esen sandalwood yang menghangatkan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down