Rambut kerinting memang menawan tetapi rutin penjagaanya tidaklah mudah dengan pelbagai perapi, gel, krim, dan semburan - mencipta rutin yang berkesan adakalanya boleh menjadi agak membingungkan. Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa tip untuk memastikan rambut kerinting anda sentiasa sihat dan kekal menawan.
Pertama: Kenali tekstur kerinting anda
Rambut kerinting sering kali dianggap sebagai satu kategori umum, namun sebenarnya ia terdiri daripada beberapa jenis. Menurut pakar rambut, rambut kerinting dikenali melalui pola gelombang berbentuk huruf S. Semakin kerinting rambut anda, semakin ketara bentuk S tersebut akan menggulung, kadangkala membentuk pola zig-zag.
Secara umum, terdapat tiga kategori utama rambut kerinting, masing-masing dengan tiga jenis ciri kerinting, menjadikannya sembilan jenis keseluruhan: light waves, soft waves, defined waves, classic curls, spiral curls, corkscrews, slightly coiled, kinky, dan superkinky. Mengetahui jenis rambut anda serta ciri-cirinya akan sangat membantu dalam merancang gaya dan memilih produk yang bersesuaian.
Menghidrasi dan menjaga kelembapan rambut
Kita tinggal di negara bertropika di mana matahari sering terik dan udara boleh menjadi sangat lembap. Masalah kelembapan adalah isu biasa bagi rambut keriting di sini. Udara yang lembap cenderung membuatkan rambut kering, sementara rambut kerinting memerlukan kelembapan yang konsisten. Ini menyebabkan kutikula rambut mengembang dan rambut menjadi mudah kusut. Untuk menangani masalah ini, kunci utamanya adalah menghidrasi untuk melindungi kelembapan rambut. Gunakan perapi selepas mencuci rambut dengan syampu sebagai langkah pertama dalam rutin penjagaan rambut anda. Kemudian, teruskan dengan penggunaan leave-in conditioner untuk mengunci kelembapan dalam rambut anda.
Ouai Leave In Conditioner
Aveda Be Curly Co-Wash
Kerastase Gelée Curl Contour Leave-In Conditioner
ELSEVE Hyaluron Moisture Hydra Filling Night Cream
Tip: Bagi anda yang memiliki rambut kering - anda memerlukan langkah penjagaan tambahan dengan menggunakan hair mask sekali seminggu. Ini akan memberikan kelembapan ekstra dan mengurangi kekusutan pada rambut anda.
Shiseido Professional Sublimic Airy Flow Mask Thick Unruly Hair
Olaplex Nº.8 Bond Intense Moisture Mask
Merawat dengan minyak semula jadi
Untuk rambut kering yang mudah kusut atau berkelemumur, elakkan produk yang mengandungi alkohol. Sebagai alternatif, cuba gunakan minyak semula jadi dalam rutin penjagaan rambut anda untuk mengekalkan kelembapan rambut. Terdapat pelbagai jenis minyak semula jadi yang menawarkan manfaat berbeza, termasuk minyak kelapa, minyak argan, minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak avocado. Anda boleh menggunakannya secara berasingan atau mencampurkan beberapa jenis minyak mengikut keperluan rambut anda.
Tip: Sapukan minyak pada telapak tangan, urut kulit kepala dengan lembut dan ratakan minyak pada rambut. Kemudian, pakai penutup kepala dan biarkan minyak tersebut semalaman sebelum membilasnya pada keesokan hari.
OGX Nourishing + Coconut Oil Weightless Hydrating Oil Hair Mist
MOROCCANOIL Original Treatment
Gunakan pengering rambut dengan diffuser
Rahsia untuk rambut kerinting yang cantik dan beralun adalah dengan menggunakan pengering rambut bersama diffuser - alat ini dapat menambah volume tanpa merosakkan tekstur rambut kerinting anda.
Tip: Ketika menggunakan diffuser, pilih suhu sederhana dan sengetkan kepala ke depan. Letakkan mangkuk diffuser menghadap ke atas, dekat dengan kulit kepala. Tahan sehingga rambut hampir kering (kira-kira 90%) dan ulangi proses ini. Setelah itu, goyangkan kepala dan scrunch rambut untuk tambahkan volume. Selain itu, cuba diffuser rambut dari sisi ke sisi dan dari belakang ke depan. Gunakan afro pick pada hujung rambut untuk mengangkatnya dan mendapatkan lebih banyak volume.
Sikat rambut terbaik
Ada anggapan bahwa rambut kerinting tidak boleh disikat kerana akan merosakkan tekstur; itu hanyalah mitos! Menurut penata gaya Eva Scrivo, menyikat rambut selama 2 minit setiap malam dapat membantu meratakan minyak semula jadi daripada kulit kepala ke seluruh rambut, menjadikannya lebih halus, mudah diatur dan berkilau. Bagaimanapun, rambut anda mungkin akan mengembang apabila disikat, jadi kami sarankan untuk melakukan trik ini sebelum tidur atau sebelum mandi.
Seperti produk penjagaan rambut yang lain, sikat juga datang dalam pelbagai jenis dan fungsi. Namun, untuk memudahkan, pilihlah sikat khas untuk rambut kerinting dan bergelombang yang dapat membantu mengelakkan rambut daripada kusut, meratakan produk dengan baik dan membantu mengeringkan rambut dengan baik.
Tangle Teezer Naturally Curly Detangling Brush
Rizos Curls Detangling Flexi Brush
Christophe Robin Detangling Paddle Brush
Kombinasi Produk Anda
Rambut kerinting memerlukan perawatan dan proses hidrasi yang lebih mendalam. Menggabungkan beberapa produk (atau dikenali sebagai 'product cocktail') dapat memberikan hasil lebih baik untuk menyempurnakan tekstur kerinting. Trick ini juga disarankan oleh pakar. Menurut Everett, "Product cocktailing adalah ketika anda mencampurkan dua produk bersama untuk mencipta campuran yang sempurna mengikut tekstur rambut anda. Dengan cara ini, anda mencipta versi baru bagi setiap produk, berbeza daripada hanya meletakkan satu lapisan di atas yang lain. Ini amat penting untuk rambut kerinting bagi mencari campuran ideal yang sesuai dengan jenis keriting anda."