Supermodel dunia yang popular bukan sahaja terkenal dengan kejayaan mereka di pentas peragaan, tetapi juga dengan penampilan mereka yang mempersona. Mereka merupakan simbol kecantikan, elegan, dan keyakinan diri. Tetapi, apa sebenarnya rahsia kecantikan yang mereka amalkan untuk memastikan penampilan mereka sentiasa menawan? Ini tip dan rahsia daripada supermodel ini untuk sentiasa kekal cantik!
Gigi Hadid
Supermodel yang kini bergelar ibu, Gigi Hadid mengutamakan penjagaan kulit yang sihat untuk kekalkan kulit cantik berseri. Salah satu rahsia Gigi adalah pengambilan produk yang natural dan tidak mengandungi bahan kimia. Gigi juga mengamalkan rutin penjagaan kulit sebelum mekap dengan menggunakan pelembab muka dan bibir untuk tampak lebih segar.
Bella Hadid
Bella Hadid terkenal dengan kecantikan yang menawan dan personaliti yang unik. Bella mengamalkan penggunaan face mask. Setiap pagi, Bella akan mulakan rutinnya dengan minum teh dan celup mukanya di dalam ais untuk kesegaran kulit.
@millionairebeauty Have you ever dipped your face in a bowl full of icey water?🥶 She makes it look so easy!😭 #hadid #bella #bellahadid #bellahadidedit #bellahadidmakeup #hadidsisters #bellahadidskincare #bellahadidbeauty #bellahadidskinroutine #fyp #viral #skincaretrend #trending #icebath #icefacial #icefaceskincare #celebskin #celebsecrets #beautyhack #skincarehack #beautytok #summerglowuptips ♬ Trap Mafia - Lastra
Kendall Jenner
Kendall percaya bahawa kunci utama untuk penampilan yang sempurna adalah rutin hariannya sebelum dan selepas bekerja dengan penjagaan kulit yang rapi. Kendall akan merendam Gua Sha di dalam ais dan menggunakan eyemask untuk agar wajah tampak lebih segar. Kendall juga mengambil peluang untuk membaca 5 minit langkah-langkah penjagaan kulit sebelum tidur.
@sheamoisture Have you heard 👀 the girlies are using our 100% Virgin Coconut Oil for their Gua Sha routine! #sheamoisture #faceoil #coconutoil #guashafacial #kendalljenner #vogue ♬ original sound - SheaMoisture
Adriana Lima
Adriana Lima, supermodel yang terkenal dengan tubuh yang langsing dan posture yang sempurna. Adriana sangat menekankan pentingnya senaman dan diet di dalam hidupnya. Selain daripada kesihatan dan kecantikan badan, Adriana juga mempunyai tip penjagaan rambut yang sihat seperti mencampurkan conditioner dan avocado untuk mendapatkan rambut yang sihat bersinar.
Kate Moss
Kate percaya bahawa kecantikan tidak perlu dibuat-buat, dan gaya hidupnya yang santai adalah kunci kepada penampilan yang tetap menawan. Kate menjaga kulit dengan rutin yang tidak terlalu rumit dan mengutamakan produk penjagaan kulit yang serasi dengan kulitnya.