Adakah anda sedang mencari bahan alternatif untuk produk rawatan rambut? Minyak ekstrak atau essential oil adalah jawapannya. Seiring dengan sustainable-beauty yang semakin menjadi trend, penggunaan minyak ekstrak dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik menjadi pilihan sejak kebelakangan ini. Kesedaran akan kesan sampingan bahan kimia dalam produk kecantikan juga mendorong pengguna untuk menggunakan bahan mesra alam semulajadi, dan salah satunya ialah rosemary.
Selain digunakan dalam bahan masakan, minyak ekstrak rosemary juga terkenal untuk penggunaan perawatan wajah dan rambut. Pelbagai manfaat dan kebaikan dalam minyak ekstrak rosemary yang membuatkan banyak brand menggunakannya sebagai bintang dalam rangkaian produk mereka.
Manfaat Minyak Ekstrak Rosemary
Rosemary atau Rosemary Officinalis merupakan tumbuhan yang berasal dari wilayah Mediterania dan digunakan dalam pengubatan sejak berkurun lamanya. Sifat antioksidan, anti-inflamasi, dan antimikrob dalam rosemary menjadikannya bahan terbaik untuk perawatan kulit dan rambut. Rosemary memiliki aroma herbal yang segar dan khas seperti kayu-kayan.
Minyak yang diekstrak dari rosemary memiliki pelbagai keajaiban untuk rawatan rambut. Salah satunya ialah mengatasi masalah rambut gugur. Minyak rosemary mampu meningkatkan peredaran darah ke folikel rambut dan mampu membuatkan rambut anda kuat dan sihat. Menurut kenyataan dari dermatologis Marnie Nussbaum, MD, FAAD kepada ELLE, kandungan asam karnosat dalam rosemary dapat membantu kerosakan saraf, tisu dan meningkatkan pergantian sel sehingga mampu merangsang pertumbuhan rambut.
Bukan sahaja itu, rosemary juga dapat mengatasi pelbagai masalah rambut seperti: iritasi kulit kepala, kelemumur pada rambut, dan dapat membantu melewatkan penuaan yang menyebabkan rambut beruban.
Tip Aplikasi Minyak Ekstrak Rosemary
Anda boleh mencampurkan minyak ekstrak rosemary secara terus ke produk rawatan rambut seperti syampu dan perapi. Aplikasikan minyak ekstrak rosemary ke kulit kepala sebanyak dua kali sehari untuk merangsang pembentukan sel rambut baru. Anda juga boleh menambahkan beberapa titis minyak ekstrak rosemary pada syampu ataupun perapi dan biarkannya selama 30 minit untuk kesan yang maksimum.
AVEDA Rosemary Mint Purifying Shampoo
Mielle Rosemary Mint Growth Hair Oil
Petal Fresh Volumizing Conditioner
AROMATICA Vital Rosemary Root Enhancer
Kiehl's Magic Elixir Hair Restructuring Concentrate
Artikel asal ELLE Indonesia