Hujung tahun bakal berakhir namun tahun yang baru sudahpun menanti untuk menyambut dengan tangan terbuka. Pasti anda semua juga sudah mempunyai azam dan resolusi tahun baru, bukan? Jika belum, anda harus menyenaraikan penjagaan diri yang sempurna sebagai salah satu azam cantik anda tahun hadapan. Hmm, antaranya seperti, rawatan buang bulu kemaluan secara teratur?
Buat anda yang pertama kali ingin mencuba rawatan buang bulu secara profesional seperti waxing buat bahagian intim, kami ada solusi untuk anda. Juga buat anda yang sudah biasa mengamalkan waxing, mungkin juga ini sebagai rawatan terbaru ingin kami perkenalkan kepada anda. Pernah dengar waxing dengan aroma rempah eksotik? Yes, memperkenalkan, Sweet Spice Wax, rawatan terkini daripada STRIP: Ministry of Waxing.
Buang Bulu Kemaluan Dengan Selamat
STRIP: Ministry of Waxing menyambut musim perayaan dengan memperkenalkan rawatan terkini, Sweet Spice Wax. Rawatan buang bulu edisi terhad ini menampilkan keistimewaan perasa yang luar biasa dengan aroma rempah eksotik. Jangan risau, ia diformulasikan dengan inti pati yang cukup lembut dan sesuai digunakan pada kawasan kulit yang sensitif sambil mencabut bulu-bulu yang degil dengan lebih berkesan. Rawatan ini amat sesuai dilakukan buat kawasan Brazilian namun harus menggunakan teknik yang betul yang mana ia dilakukan oleh Waxperts iaitu pihak STRIP sendiri.
STRIP mengadakan promosi First-Time yang ingin mencuba rawatan Sweet Spice Brazilian Wax ini pada harga RM78/seorang atau RM98/dua orang (harga asal RM139) manakala rawatan Sweet Spice Boyzilian Wax boleh didapati pada harga RM108/seorang atau RM168/dua orang (harga asal RM179). Sweet Spice Underarm Wax buat wanita adalah pada harga RM28/seorang atau RM48/dua orang (harga asal RM44), manakala Sweet Spice Underarm Wax buat lelaki adalah pada harga RM48/seorang atau RM88/dua orang (harga asal RM56).
Promosi sah sehingga 28 Februari 2025.