Langgan

Rihanna Sebagai Muse Terbaru Dior J'adore

Disaksikan Versailles, gabungan terbaru Rihanna dan haruman Dior J'adore, tampil memukau di dalam kempen filem istimewa arahan Steven Klein.
2 minit untuk membaca
Published: September 4, 2024

Apabila Rihanna dan Christian Dior bersatu, dunia kecantikan langsung bergegar. Manakan tidak, dua figura juga nama besar berkolaborasi, menjadikan berita istimewa ini sebagai pengumuman terbesar dalam sejarah dunia kecantikan tahun ini.

Rihanna

Ikon Pop dunia, Rihanna, baru-baru ini dilantik oleh Parfums Christian Dior sebagai muse terbaru mereka buat haruman J'adore, yang mana kita semua tahu bahawa haruman ini adalah haruman ikonik jenama ini yang sudah berada dipersada cantik selama lebih dari dua dekad.

Sesungguhnya kami juga bersetuju bahawa Rihanna adalah wanita paling sempurna menggambarkan personaliti haruman J'adore ini. Haruman mewah dan eksklusif merepresentasi kuasa, bebas juga berdikari ini sememangnya terkandung dalam personaliti dia sebagai wanita hebat inspirasi ramai.

"Menjadi wajah baru J’adore adalah satu penghormatan dan juga satu misi buat saya. Haruman ini, yang telah lama saya kenali dan cintai, cukup bermakna bagi wanita di luar sana. Saya amat teruja dalam menyertai pengembaraan ini serta menyumbang perjalanan ini melalui dunia saya, kisah saya, asal-usul saya serta kreativiti dan jiwa kewanitaan saya sendiri."

Rihanna


J’adore dan Rihanna, the beginning of a new dream in gold.

Lebih istimewa, sempena pengumuman muse terkini Christian Dior ini, sebuah kempen dicipta dan baharu sahaja dilancarkan 1 September yang lalu, di mana menampilkan Rihanna, bekerjasama bersama jurugambar legenda, Steven Klein.

Rihanna

“Kami sangat berbangga menyambut Rihanna ke dalam keluarga Dior. Impiannya dalam menjanjikan sesuatu yang unik, mencerminkan haruman untuk wanita serta mengekalkan sinarnya. Bakatnya yang luar biasa, keberanian dan kecantikannya yang mempesona adalah definisi idea menggambarkan jiwa kewanitaan Dior yang memukau dan berkuasa melangkaui generasi. Christian Dior pasti akan sangat mengaguminya.”

Véronique Courtois, Ketua Pegawai Eksekutif Parfums Christian Dior

Saksikan filem kempen ikon muzik ini bersama haruman J'adore, yang dirakam di Versailles, menyarung busana rona emas mewah hasil ciptaan Maria Grazia Chiuri. Di dalam filem pendek ini dapat menyaksikan kisah penyatuan antara metamorfosis dan pertabalan dan pertemuan yang menyatu antara seorang idola pop bersama haruman lagenda.

Lokasinya yang memberi sinar hangat menyimbolkan dia sebagai seorang ratu yang menentang segala klasifikasi menjelma sebagai ikon kewanitaan yang unggul. Ruang cermin memantulkan lagak langkahnya, terusan luas menjadi pentasnya. Rihanna adalah definisi wanita Dior hari ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down