Langgan

Bare Magnolia Wangian Mewah Daripada Victoria’s Secret

Keanggunan dan kelembutan dalam setiap semburan
2 minit untuk membaca
Published: May 27, 2025

Victoria’s Secret sekali lagi mencipta keharuman yang memikat dengan pelancaran Bare Magnolia Eau de Parfum, haruman floral yang bersinar dan direka untuk meraikan keaslian diri. Sebagai kesinambungan kepada wangian Bare yang asal, Bare Magnolia menggabungkan musk eksklusif yang bergabung dengan badan anda, menjadikan setiap semburan unik dan berpanjangan.

Gabungan yang Lembut dan Tahan Lama

Haruman ini bermula dengan bukaan bunga oren yang cerah tetapi lembut. Ekstrak ini dihasilkan daripada air sulingan proses minyak pati pokok tersebut, mencipta kesegaran semula jadi yang mempesona. Daripada intipati magnolia wood inilah yang membuatkan wangian ini lebih kuat dan tahan lama, memberikan bauan yang unik dan menyatukan kelembutan floral dan kehangatan kayu yang menyentuh kulit dengan penuh sensual. Tambahan dengan aroma vanila yang manis dan halus menyebar lembut ke atas kulit, menyatu dengan kehangatan musk

Bahan Utama yang Membentuk Keunikan Bare Magnolia

Upcycled Orange Flower

Diekstrak daripada daun dan dahan bunga oren melalui proses penyulingan minyak pati, bahan ini bukan sahaja kekal tetapi juga memberikan kesegaran yang lembut dan bercahaya pada semburan pertama.

Magnolia Wood

Gabungan kelopak yang halus dengan kayu lembut mencipta sentuhan sensual yang memanjakan deria dan membangkitkan rasa manis yang menenangkan.

Musk Vanila 

Campuran eksklusif tujuh jenis musk menghasilkan aroma hangat yang lembut dan kekal lama di kulit, memberikan kemewahan yang berpanjangan dan mempesona.

Gambar: @victoriasecretindia

Koleksi Bare Magnolia 

Eau de Parfum

Produk utama dalam koleksi ini adalah Bare Magnolia Eau de Parfum, yang didatangkan dalam dua saiz:

  • 50ml – RM349
  • 100ml – RM459

Fine Fragrance Mist

Untuk mereka yang menggemari sentuhan haruman yang lebih ringan, Fine Fragrance Mist ialah pilihan terbaik:

  • 75ml – RM69
  • 250ml – RM149

Fine Fragrance Lotion

Losyen ini bukan sekadar memberikan kelembapan tetapi juga memberi kulit anda dengan haruman yang mewah. Boleh dipakai sekali dengan Eau de Parfum atau mist untuk pengalaman haruman tahan lama.

  • 250ml – RM149

Body Milk

Formulasi losyen ringan yang cepat menyerap ini memberikan penjagaan dan kelembapan menyeluruh, sambil mengekalkan bau harum yang lembut sepanjang hari.

  • 142ml – RM149
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Victoria’s Secret Malaysia (@victoriassecretmy)

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down