Langgan

Maskara Pilihan ELLE: Jenama Terbaik Untuk Bulu Mata Menawan!

Serlahkan daya tarikan dengan bulu mata yang memukau!
2 minit untuk membaca
Published: February 17, 2025

Miliki bulu mata yang lentik, panjang, dan penuh volume pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Dengan pelbagai pilihan maskara yang ada di pasaran, pemilihan maskara yang bersesuaian pastinya menjadi cabaran. ELLE kongsikan 5 jenama maskara yang patut anda cuba untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan!

Maskara Essence Get BIG! Lashes VOLUME BOOST

Essence terkenal dengan produk yang berkualiti untuk harga yang berpatutan. Maskara ini memberikan kesan seperti bulu mata palsu dengan formula terbaik yang tidak membuatkan ia tergumpal dan mudah diaplikasikan. Ia sesuai untuk anda yang inginkan bulu mata yang panjang dan lebat tanpa perlu berbelanja besar.

Essence Get BIG! Lashes VOLUME BOOST Mascara

Maskara Maybelline Lash Sensational Sky High

Maybelline merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam dunia kosmetik. Maskara Lash Sensational Sky High ini mempunyai berus fleksibel yang membantu memanjangkan bulu mata dengan sempurna. Formula kalis airnya memastikan bulu mata kekal lentik sepanjang hari tanpa comot.

Maskara Sisley So Volume Volumizing Fortifying

Bagi mereka yang mencari maskara premium dengan manfaat tambahan, Sisley So Volume adalah pilihan terbaik. Ia bukan sahaja memberikan volume yang luar biasa tetapi juga mengandungi bahan yang membantu menguatkan dan menyihatkan bulu mata. Dengan penggunaan berterusan, bulu mata anda akan kelihatan lebih lebat dan lentik!

@sisleyparisofficial Give eyelashes a fuller look with noticeable volume🖤 #socurlmascara #mascara #mysisleyparis #beautytok ♬ original sound - bkladk

Maskara Lancome Hypnose Doll Eyes Waterproof

Direka khas untuk memberikan efek mata yang lebih besar dan menyerlah. Berus maskara Lancome Hypnose Doll Eyes yang unik, tidak memerlukan terlalu banyak aplikasi kepada bulu mata tetapi tetap kelihatan lentik dan dan memukau! Formula kalis airnya memastikan ketahanan sepanjang hari tanpa perlu risau tentang mascara luntur.

Maskara Sephora Collection Original Size Up Volume Waterproof

Jika anda mencari maskara yang memberikan volume maksimum, Sephora Collection Size Up adalah pilihan yang tepat. Dengan tekstur yang ringan, ia memberikan efek bulu mata tanpa rasa berat atau menggumpal. Sesuai untuk mereka yang inginkan tampilan dramatik dalam solekan mata.

@taontm Size up for every mood ✨🤍 the new @Sephora Collection size up mascara in black, blue, and brown #makeup ♬ original sound - Tao
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down