Langgan

Make Over Beyond Beauty – Playroom Tampil Gah Di The Starhill, Bukit Bintang

Kehadiran Aina Abdul, Fattah Amin dan Puteri Balqis melengkapkan lagi kemeriahan sambutan pelancaran Make Over Beyond Beauty – Playroom di The Starhill, Bukit Bintang
2 minit untuk membaca
Published: November 4, 2024

Jenama solekan premium yang dicipta serta diluluskan kehebatannya oleh jurusolek profesional, Make Over, kini berada di Malaysia. Bersempena pelancaran rasmi jenama ini melabuhkan empayarnya di Malaysia, jenama ini melancarkan Make Over Beyond Beauty - Playroom yang bertempat di The Starhill, Bukit Bintang baru-baru ini daripada 29 Oktober sehingga 3 November yang lalu.

Make Over Beyond Beauty – Playroom

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ramai yang menghadiri serta menikmati pelbagai activations yang disediakan di ruang playroom yang cukup luas ini. Turut kelihatan selebriti-selebriti ternama turut hadir di acara pelancaran ini seperti Aina Abdul, Fattah Amin, Puteri Balqis serta jurusolek profesional seperti Kiki Qabuki, Ummi Nasir dan Noriana memeriahkan lagi acara pelancaran ini.

Di Make Over Beyond Beauty - Playroom ini menyediakan pelbagai ruang menarik dan penuh dinamik untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir serta orang ramai yang hadir sepanjang minggu yang lalu antaranya seperti ruang 'Lipstick Toss and Gloss' dan 'Beauty Punch Party', dua ruangan mainan yang menyeronokkan. Manakala, ruang 'Find Your Perfect Shade' juga'Glamor Photo Fiesta' antara ruang yang seronok untuk diselami di mana anda berpeluang melakukan konsultasi mencari rona bedak asas sepadan tona kulit anda.

Berlandaskan kepada tiga tiang yang mengutuhkan jenama ini iaitu 'Profesional', 'Premium" serta 'Kesempurnaan Harian Hingga ke Occasional', jenama ini memberi inspirasi kepada pencinta kecantikan dalam membentuk keyakinan, merai setiap individu dan mengekspresikan personaliti diri dengan lebih bold.

"Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Make Over kini boleh didapati di 100 butik Guardian. Kami ingin menjemput peminat kecantikan untuk menerokai produk kami di Guardian dan Make Over Beyond Beauty - Playroom ini untuk alami kualiti dan inovasi yang tiada tandingan yang kami telah tawarkan," kata Bella Indah Permatasari, Timbalan Ketua Pemasaran Antarabangsa Make Over Malaysia.

Make Over Beyond Beauty – Playroom

Mantera "Beyond Beauty" amat ditekankan oleh jenama Make Over ini kerana mereka memiliki misi dalam membina transformasi, nilai diri dan pemerkasaan dalaman. Sejak penubuhannya, Make Over telah menyasarkan untuk merevolusikan industri kecantikan, menawarkan rangkaian warna berani dan lebih intense, tiada tandingan malah menyempurnakan lagi hasil cantik untuk semua jenis kulit.

Berbicara tentang produk Make Over, jenama ini menawarkan 125 rona merentasi lima format tona kulit serta lebih daripada 100 jenis produk bibir. Pilihan kepelbagaian yang dicipta Make Over ini dibuat berdasarkan penyelidikan yang melibatkan lebih daripada 1000 wanita dalam memastikan setiap peminat kecantikan dapat mencari padanan paling sempurna untuk diri mereka. Dedikasi terhadap kualiti dan kepelbagaian ini mencerminkan kepakaran Make Over dalam penguasaan kulit, tampil luar biasa dengan ciptaan formulasi yang sesuai dengan pelbagai jenis kulit dan kemasan yang meningkatkan setiap ciri unik.

Make Over Beyond Beauty – Playroom

Pada malam pelancaran itu, Aina Abdul turut memberikan persembahan istimewa dalam menghiburkan para tetamu yang hadir. Wanita yang baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Paling Popular tahun ini mendendangkan tiga buah lagu. Suaranya yang lunak merdu ini membuai perasaan setiap tetamu yang hadir.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama Make Over ini, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan serta informasi produk hebat ini menerusi laman Instagram mereka iaitu @makeover.my juga di platform TikTok dan Facebook.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down