Ada masalah bintik hitam yang sukar untuk pudar? Jangan risau, L'Oréal Paris ada solusinya! Baru-baru ini, jenama kecantikan terkenal ini melancarkan Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum yang telah diformulasikan semula dengan ramuan hebat iaitu MELASYL™, yang bakal mengubah cara anda melihat gaya penjagaan kulit!
Acara pelancaran meriah di Sunway Pyramid membawa para pengunjung menyelami dengan lebih dekat lagi tentang dunia sains kecantikan. Di sini, MELASYL™ yang mana sebuah teknologi hasil kajian 18 tahun oleh jenama ini dibuktikan dapat mengurangkan 77% bintik hitam dalam masa hanya 8 minggu. Hasilnya? Ia memberikan kulit lebih cerah dan sekata tanpa gangguan bintik hitam ini!
Di acara House of Science, pengunjung diberi peluang untuk mendapatkan analisis kulit peribadi untuk mengetahui apa yang kulit anda perlukan, serta menyertai pameran interaktif yang mengupas rahsia sains di sebalik produk ini. Ada juga sesi demonstrasi langsung, di mana para pakar berkongsi bagaimana MELASYL™ bekerja untuk menangani pelbagai masalah pigmentasi, dari kesan jerawat hingga kerosakan akibat sinaran matahari.
Lebih menarik, Glycolic Bright Anti-Dark Spot Serum kini boleh didapati di laman Shopee, Lazada, TikTok Shop serta stor seperti Watsons, Guardian dan AEON Wellness di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kulit impian yang cerah dan bebas bintik hitam, dengan sentuhan inovasi daripada L'Oréal Paris!