Lisa BLACKPINK yang muncul di acara minggu fesyen Paris untuk Louis Vuitton beberapa hari yang lepas amat menarik perhatian peminat di seluruh dunia. Walaupun acara turut dihadiri oleh wajah antarabangsa yang lain seperti Zendaya, Cate Blanchett juga Ana de Armas, mata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menatap kecantikan wanita asal Thailand yang turut popular di Korea ini.
Lisa BLACKPINK hadir dalam persalinan atas bawah serba leather. Daripada duster coat ke bustier dan memadu bersama skirt mini dan boot hitam melengkapkan gaya Y2K nya pada hari itu. Menggayakan busana material kulit ini serta-merta mengubah persepsi ramai dalam penggayaan musim luruh! Anda juga boleh menggayakan busana kulit pada musim ini. Lisa sememangnya trendsetter. Bukan sahaja daripada segi stail peribadinya, tetapi juga menerusi penampilan kecantikan yang diperagakan pada hari itu.
Gambar: Instagram @lalalalisa_m
Rambutnya tampil dengan rona segar, rona coklat cukup sepadan dengan rona kulitnya bersama gaya fringe signaturnya yang sentiasa on point! Menyarung solekan yang tidak keterlaluan, anda boleh melihat matanya cukup simple hanya dioles penggaris mata membentuk cat eyeliner. Pipi pula dilayang pembayang merah jambu lembut kemudian bibirnya disapu gloss bibir rona nude natural.
Paling menangkap perhatian ELLE adalah pada penggayaan kukunya. Lisa BLACKPINK mengenakan gaya french manicure yang paling chic sekali untuk musim ini. Tidak perlu tampil dengan kuku yang panjang atau juga kuku extension untuk tampak lebih fun di acara minggu fesyen ini, cukup sekadar berkuku pendek. Dan dalam berkuku pendek itu, dia mengenakan layangan yang cukup nipis tona hitam gelap pada hujung kuku membentuk gaya kuku french manicure lain daripada yang lain.
Gambar: Instagram @lalalalisa_m
Anda juga boleh menggayakan gaya kuku ala Lisa BLACKPINK ini! Tidak perlu bersusah payah menyimpan kuku panjang untuk menggayakan french manicure yang seksi dan menawan. Gaya tatarias ini juga sebenarnya cukup menarik digayakan pada kuku yang pendek. Seperti Lisa!