Langgan

Kulit Wajah Cantik Menjelang Raya, ELLE Kongsi 3 Produk Terbaik!

Bulan Ramadan ini, apa kata kita sama-sama prep kulit wajah sebagai persiapan tampil cantik di pagi Raya nanti?
2 minit untuk membaca
Published: March 5, 2025

Hari Raya adalah salah satu momen paling dinantikan dalam kalendar kita, dipenuhi dengan suasana riuh sanak-saudara, berbusana cantik dan hidangan enak di saji di pagi istimewa ini. Dan sebagai wanita pula sudah pastinya kita ingin tampil lebih ekstra, mahukan kulit wajah cantik dan berseri, barulah solekan pun jadi lebih on-point!

Wajah yang segar dan kulit yang bercahaya bukan sahaja memberi keyakinan diri, tetapi juga secara tidak langsung ia turut memantulkan kemeriahan dan kebahagiaan dalam menyambut perayaan. Setuju atau tidak? Namun, dengan pelbagai persiapan yang perlu dilakukan, kadang-kadang kita juga terlupa untuk memberi perhatian yang sepatutnya kepada kulit wajah kita.

Oleh itu, sebelum kita mula sibuk dengan persiapan baju raya dan juadah, apa kata ambil kesempatan ini untuk fokus pada rutin penjagaan kulit wajah yang boleh dilakukan di rumah. Yang penting harus konsisten! Kami kongsikan 5 produk penjagaan kulit wajah terbaik yang harus anda miliki hari ini.

3 Produk Kecantikan Pilihan ELLE Untuk Kulit Wajah Cantik

1) Clinique Even Better Clinical™ Dark Spot Clearing Serum

kulit wajah cantik

Melancarkan semula serum nombor satu mereka ini tetapi dalam versi generasi ke-empat membuktikan serum ini adalah serum terbaik daripada jenama ini. Serum pencerah ini dalam formulasi terbaru hadir dengan intipati terkini mereka iaitu Pure Niacinamide yang memberi manfaat dalam menyeimbangi poten aktif pencerah bersama poten penenang kulit. Serum ini juga terbukti secara klinikal dalam mebantu melawan enam halangan kulit cerah iaitu bintik hitam, post-inflammatory hyperpigmentation (PIH), tona tidak sekata, pucat lesu, kusam dan masalah liang pori! Bukan itu sahaja, formula dinaiktaraf ini juga bantu memperlambatkan proses pemindahan melanin serta sesuai buat anda yang berkulit sensitif.

2) Tatcha The Brightening Eye Cream (Brightening + Dark Circle Reduction) 

kulit wajah cantik

Penjagaan wajah yang sempurna adalah meliputi setiap aspek dan bahagian yang ada pada muka kita. Termasuklah bahagian mata yang amat jarang diberi perhatian ini. Manjakan diri dengan ritual penjagaan mata yang tersendiri terutama sekali buat anda yang mahu mencerahkan bahagian bawah mata. Krim pencerah mata yang memadu inti pati hebat seperti Bioferments dan Niacinamide ini membantu menegang, mengangkat serta mengurangkan bengkak sambil mengawal penampilan lingkaran gelap (tidak kira ronanya kebiruan, keperangan ataupun gelap hitam) pada mata. Bukan itu sahaja kuasa perlindungan antioksidan turut terkandung di dalam krim mata ini hasil bahan istimewa turun-temurun dalam dunia kecantikan iaitu Nanko Ume, sejenis buah plum Jepun. Ini rahsia kulit wajah cantik walaupun anda tidak cukup tidur!

3) 111SKIN Celestial Black Diamond Lifting and Firming Treatment Mask Box 5

kulit wajah cantik

Semestinya kita mahukan kulit yang berseri serta-merta terutama sekali di pagi raya. Percaya akan Dr. Yannis, Pengasas jenama 111SKIN (tahukah anda ini jenama kecantikan kegemaran LISA Blackpink juga? YA, benar!) tentang menyerlahkan lagi kecantikan wajah. Rutin pupur antara yang wajib anda lakukan dalam jurnal penjagaan wajah, dan pilihan kami semestinya pupur daripada jenama ini. Menggunakan inti pati istimewa iaitu Diamond Particles yang membantu menyalurkan manfaat peptida jauh ke dalam kulit. Malah, Goji Glycopeptides yang menghasilkan kuasa tiga kali ganda dengan bantuan herba hebat Centella Asiatica ini mampu menegangkan, mengurangkan penampilan garis halus pada wajah dengan serta merta!

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down