Bakal bersanding sebulan lagi, saya juga seperti wanita-wanita lain, ingin mencari yang terbaik buat kulit wajah. Semestinya menginginkan kulit cerah dan berseri-seri. Tidak mahu tampil terlalu stress kerana tidak mahu ia memberi kesan pada kulit wajah, haih… susah juga ya untuk memastikan kulit kekal segar dan mulus dalam masa sebulan ini. Pressure!
Sememangnya perkara asas sudah saya amalkan berbulan sebelum tibanya the big day seperti minum air putih dengan banyak, menukar rutin penjagaan wajah sepenuhnya daripada mencerah kepada melembap (kerana kulit saya jenis cepat mengering!). Menjaga makan pula jangan cakap. Kesemua ini bertujuan untuk memastikan diri tampil paling cantik dan berseri pada hari itu. Namun, kesemuanya memerlukan masa yang panjang untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Saya pula hanya ada masa sebulan! Dalam kesempitan masa ini, saya mahukan sesuatu yang pantas dan memberi hasil yang serta-merta. Berbual pula dengan rakan dalam industri kecantikan, mereka mencadangkan saya untuk ke sebuah klinik estetika di Damansara Heights iaitu Astute Clinic.
Pengalaman Rawatan Kulit Cerah Di Astute Clinic
Pertama kali menjejakkan kaki ke klinik ini membuatkan saya berasa seperti berada di satu ruang yang sangat selesa dan saya disambut dengan cukup mesra oleh team di klinik ini. Walaupun realitinya saya di klinik estetik (bukan di hotel atau juga pusat beli-belah). Tidak melengahkan masa, saya dijemput bertemu Dr. Jason Yip.
Dr. Jason adalah Pengarah Perubatan juga Pengasas Astute Clinic. Beliau adalah seorang doktor dengan pengalaman lebih daripada sedekad dalam perubatan estetik. Kecintaan Dr. Jason terhadap penjagaan kulit topikal tercermin dalam ‘The Face Inc Pte Ltd’ (sebuah kumpulan Penjagaan Kulit Antarabangsa yang berpangkalan di Singapura) di mana beliau adalah Pengarah Perubatannya. Julat produk mereka kini terdapat di Singapura, Malaysia, Hong Kong, China, Taiwan, Indonesia, Kemboja dan Timur Tengah.
Selepas meneliti latar belakang doktor, saya yakin malah setelah bertemunya, saya dapat melihat bahawa Dr. Jason cukup tekun dalam memastikan pesakit yang hadir dapat mencapai penampilan yang semula jadi berseri dan memberikan yang terbaik buat pesakitnya. Ketika bertemu Dr. Jason, saya memberitahu segala kebimbangan pada kondisi kulit saya. Dr. Jason turut meneliti kulit wajah saya dan menyatakan rawatan yang terbaik perlu saya dapatkan bagi mencapai kulit wajah berseri apabila tiba hari persandingan nanti.
Dr. Jason Yip
Dr. Jason mencadangkan saya untuk membuat dua rawatan iaitu Sylfirm X dan Dual Yellow Laser. Memandangkan kulit saya ini memiliki tekstur yang tidak sekata serta liang pori yang terbuka, Dr. Jason mahu memperbetulkan keadaan lapisan kulit saya yang tidak sekata. Dan kemudian diikuti dengan rawatan Dual Yellow Laser dua minggu selepas itu.
Sylfirm X adalah rawatan laser kulit yang menggabungkan teknologi microneedling bersama kuasa frekuensi radio menerusi teknologi gelombang nadi. Melalui dua teknologi ini, ia mampu merawat secara tepat pada kawasan tisu yang terkesan daripada masalah seperti melasma, rosacea dan tona tidak sekata.
Mesin Sylfirm X
Rawatan buat seluruh kawasan muka hanya berlangsung selama 30 minit. Ia sesuai buat anda yang sibuk dan mahukan rawatan on-the-go. Yang penting tiada downtime! Sebelum prosedur laser dimulakan, sapuan krim kebas dioles pada seluruh wajah. Selepas beberapa minit, wajah dicuci kemudian prosedur laser dimulakan. Kesan cucuk menggunakan jarum halus langsung tidak terasa pada kulit wajah saya walaupun dicucuk pada bahagian kulit lembut seperti bawah mata.
Selepas rawatan laser selesai, wajah saya ditampal dengan pupur gel yang punya manfaat hidrasi bagi mengekalkan lembapan optima buat wajah. Malah, saya dapati wajah langsung tiada kesan cucuk dan boleh memakai solekan seperti biasa pada keesokan harinya. Namun, Dr. Jason berpesan kepada saya untuk lebih memfokus pada rutin melembap wajah. Saya juga menggunakan Hydrating Cleanser daripada Astute Clinic untuk dua minggu pertama. Pada sebelah malam, saya mengamalkan penggunaan pupur wajah daripada klinik ini iaitu Stem Cell Biocellulose Mask. Apa yang boleh saya katakan, melalui satu sesi laser ini, kulit saya didapati lebih sekata, parut jerawat juga semakin pudar, penampilan kedutan halus juga hampir pudar pada sekitar tepi mata.
Kemudian, rawatan laser susulan untuk mendapatkan kulit cerah sebelum hari persandingan. Saya diperkenalkan dengan rawatan Astute Shining Bright atau juga dikenali sebagai rawatan Dual Yellow Laser. Ia adalah sebuah rawatan yang menggunakan cahaya kuning dan hijau untuk merawat bahagian wajah bermasalah.
Laser ini adalah sebuah laser tembaga bromida (copper bromide laser) yang dapat membantu merawat jerawat, melasma, kemerahan dan kulit sensitif. Rawatan laser ini berusaha untuk memberikan manfaat maksimum dengan keselesaan dan kesan sampingan yang sangat minimum, hanya memerlukan tiga hingga enam sesi rawatan dengan selang masa dua hingga tiga minggu antara setiap sesi.
Rawatan Dual Yellow Laser
Buat anda yang mahukan kulit muda dan lebih cerah ini adalah rawatan untuk anda kerana Ini adalah satu-satunya laser dengan teknologi fast edge micropulse (FEM®), satu penemuan terkini dalam pemutihan dan pencerahan kulit. Tiada downtime seperti rawatan Sylfirm X! Hasilnya kulit wajah saya tampil lebih berseri, cerah dan mulus seperti yang saya mahukan pada hari persandingan. Kulit yang sihat juga mampu membuatkan solekan tampil lebih berseri malah tahan lama sepanjang hari.